Kemurnian, pemberian diri yang tidak mementingkan diri sendiri

Berikut merupakan beberapa perkongsian daripada mereka yang telah melafazkan “Ikrar Kekudusan” pada 20 Ogos lalu.

Sep 18, 2021

Berikut merupakan beberapa perkongsian daripada mereka yang telah melafazkan “Ikrar Kekudusan” pada 20 Ogos lalu.

Fontaine Hiew: Saya merasa diberkati dan dihargai oleh kehadiran Tuhan ketika menyertai Sekolah Minggu dan semasa mendengar tentang Moral Kristian. Ia adalah firman Tuhan yang benar-benar menusuk ke dalam hati dan jiwa saya. Saya merasakan kegembiraan ketika mendengar perkongsian tentang Moral Kristian dan ia adalah satu langkah untuk lebih dekat kepada Tuhan. Saya merasa selamat, suci dan kudus ketika melafazkan Ikrar Kesucian di mana saya tekad untuk tetap suci dan setia kepada Firman Tuhan.

Fay Morgana Samson: Beberapa bulan kebelakangan ini, saya telah mempelajari banyak topik di Sekolah Minggu yang tidak saya ketahui sebelum ini. Antaranya tentang dating dan seksualiti Kristian. Sekarang, saya gembira kerana belajar tentang hal ini secara mendalam dan saya tidak akan keliru dengan isu-isu ini di kemudian hari. Saya mempelajari bahawa dating yang tidak sesuai dengan remaja kerana ia akan mengalihkan perhatian kita dari tanggungjawab utama kita dalam mempersiapkan masa depan. Saya juga belajar bahawa seks bukanlah sesuatu yang buruk sebaliknya ia adalah anugerah dari Tuhan dan harus tetap suci. Inilah sebabnya kita harus mengamalkan kesucian agar kita tidak menyalahgunakan pemberian Tuhan.

Kaylee Sarah Foh: Pembelajaran mengenai Moral Kristian telah memperluas perspektif saya tentang perkara-perkara nyata di dunia yang tidak pernah diberitahu kepada saya sebelumnya. Saya benar-benar bersyukur atas pengetahuan ini dan saya berusaha untuk hidup suci kerana tubuh kita adalah bait Tuhan.

Andrew Soon: Beberapa minggu kebelakangan ini saya gembira dapat mendengar taklimat tentang “Moral Kristian” yang sangat menarik dan bermaklumat. Saya telah belajar banyak perkara yang harus dihindari, perkara betul yang seharusnya dilakukan sebagai orang Kristian.

Banyak perbincangan telah berlangsung selama beberapa minggu tersebut dan saya yakin ramai di antara pelajar yang telah menemui jawapan akan persoalan-pesoalan mereka.

Saya telah membuat banyak refleksi selepas dan mengambil kesempatan pada upacara “Ikrar Kesucian” sebagai pernyataan bahawa saya akan menjaga kemurnian tubuh, minda dan jiwa saya. Saya juga belajar bahawa hala tuju kita bukan bergantung kepada pendapat umum melainkan terus berada di landasan dan mengikuti jalan Kristian yang sebenarnya.

Chantelle Venantius: Sekolah Minggu, bagi saya, berfungsi sebagai tempat yang selamat di tengah-tengah dunia yang penuh dengan dosa dan pengaruh buruk. Saya berterima kasih kepada Tuhan untuk guru-guru yang telah membantu dalam pertumbuhan rohani saya, bimbingan mereka dalam perkongsian Alkitab telah membina saya ikatan yang kuat dengan Yesus dan memperdalam pengetahuan saya tentang Alkitab.

Total Comments:0

Name
Email
Comments