Kenali Santo Anda St Lidwina
Lidwina artinya “penderitaan.” Beliau seorang gadis Belanda yang dilahirkan pada tahun 1380 dan meninggal dunia pada tahun 1433.
Apr 11, 2014
Kenali Santo Anda
St Lidwina
~April 14~
Lidwina artinya “penderitaan.” Beliau seorang gadis Belanda yang dilahirkan pada tahun 1380 dan meninggal dunia pada tahun 1433.
Ketika usianya mencapai 15 tahun, Lidwina mempersembahkan diri seutuhnya kepada Tuhan. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang biarawati. Namun pada suatu hari, dia mengalami tragedi yang mengubah seluruh hidupnya.
Pada suatu hari, Lidwina bermain luncur ais bersama rakan-rakannya. Tanpa sengaja, salah seorang rakan mereka terlanggar Lidwina, menyebabkannya terpelanting jatuh di atas ais.
Kemalangan itu amat menyakitkan malah pada harihari berikutnya, Lidwina mengalami sakit kepala yang amat hebat, mual, demam, rasa sakit di seluruh tubuhnya dan sentiasa berasa haus. Kesakitan Lidwina bertambah parah apabila muncul pula bisul-bisul yang tumbuh pada wajah dan tubuhnya.
Salah satu matanya juga menjadi buta dan pada akhirnya, Lidwina tidak mampu bangun lagi dari tempat pembaringan.
Lidwina sangat sedih dan putus asa. Mengapa Tuhan membiarkan semua ini terjadi padanya? Lagipun, apa yang masih dapat dia persembahkan kepada-Nya?
Paderi Parokinya, Fr Yohanes, datang mengunjungi Lidwina serta berdoa bersamanya. Paderi itu membantunya merenungkan segala penderitaan yang harus ditanggung Yesus.
Lidwina mulai sedar akan hadiah indah yang akan dia persembahkan kepada Yesus iaitu dia sanggup menderita bagi-Nya. Penderitaannya dipersembahkannya sebagai suatu doa yang indah kepada Tuhan.
Selama 38 tahun Lidwina menderita. Mungkin bagi orang lain, mustahil dapat bertahan hidup dalam keadaan yang itu. Tetapi Lidwina sanggup bertahan dan Tuhan memberinya penghiburan dalam pelbagai cara. Selama itu juga, Lidwina amat setia kepada Yesus dalam Ekaristi Kudus.
Total Comments:0