Kerohanian, Sinodal dan kesediaan
Sebelum meraikan Hari Paroki Our Lady of Lourdes, umat paroki terlebih dahulu mengikuti rekoleksi bertema, “Kerohanian, Sinodal dan Kesediaan” yang dikendalikan oleh Fr Michel Dass.
Feb 14, 2025

Sebelum meraikan Hari Paroki Our Lady of Lourdes, umat paroki terlebih dahulu mengikuti rekoleksi bertema, “Kerohanian, Sinodal dan Kesediaan” yang dikendalikan oleh Fr Michel Dass.
Sempena Tahun Jubli yang mengangkat tema “Harapan”, Fr Michel Dass mengatakan harapan itu perlu ada prosesnya.
Masih ramai orang yang menderita di luar sana, sebagai contoh banyak keluarga yang menghadapi masalah dan ramai anak muda yang masih bergelut dalam mencari kehidupan.
Proses harapan itu melibatkan keseksaan, ketekunan, tahan uji dan seterusnya pengharapan.
Berharap kepada Tuhan itu pasti membawa satu kebahagiaan kepada umat-Nya kerana harapan kepada Tuhan tidak pernah mengecewakan.
Mewujudkan Gereja yang mesra OKU juga adalah satu contoh Gereja dapat memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan.
Fr Michel Dass meyakinkan para peserta terus berharap kepada Tuhan dan yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu pasti ada rencana Tuhan sendiri.
Gereja itu adalah kita dan kita perlu menjadi harapan kepada semua yang memerlukan.
Di dalam rekoleksi singkat ini, peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil untuk sesi dialog dan seterusnya sesi pembentangan tentang bagaimana menjadi penziarah harapan. Rekoleksi diakhiri dengan doa, diikuti majlis persaudaraan yang ringkas.
Pada Hari Paroki OLL, pengurapan orang sakit merupakan salah satu acara kemuncak yang pasti memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan penyembuhan. --Andriana Anak Bagat
Total Comments:0