Kesunyian dan kehebatan hidup selibat

Beberapa tahun yang lalu, pernah diterbit pernah muncul dalam New York Times, lampiran editoral oleh Frank Bruni, bertajuk The Wages of Celibacy.

Aug 31, 2024

Hidup selibat tidak selalunya indah tetapi ia memberikan kehidupan yang paling generatif untuk diri sendiri dan orang lain. Kredit Gambar: George Pansiol.


Beberapa tahun yang lalu, pernah diterbit pernah muncul dalam New York Times, lampiran editoral oleh Frank Bruni, bertajuk The Wages of Celibacy.

Ruang itu, meskipun provokatif tetapi jujur. Dia bertanya banyak soalan yang sukar tetapi perlu.

Melihat kepada pelbagai skandal seksual yang telah melanda dalam kalangan klerus Roman Katolik pada tahun-tahun lalu, Bruni mencadangkan bahawa sudah tiba masanya untuk mengkaji semula selibat.

Dengan jujur dan berani, dia mengajukan soalan apakah kelemahan selibat dapat mengatasi potensi manfaatnya.

Bruni, sebenarnya tidak terlalu menuntut akan jawaban terhadap soalan itu. Dia hanya menegaskan bahawa hidup selibat iaitu kehidupan berkaul, membawa lebih banyak risiko daripada yang kehidupan bujang.


Pada penghujung tulisannya, Bruni menulis, “Budaya selibat berisiko membantutkan perkembangan [seksual] dan mengubah dorongan seksual menjadi gerak isyarat yang tersembunyi dan terseksa.

“Ia mengabaikan keperluan hubungan asas manusia dan mungkin tidak dapat dilawan. Mungkin tidak menghairankan jika sesetengah paderi cuba menjalin hubunga itu, dengan cara yang diam-diam, tidak berhemah dan kadang-kadang merosakkan?”

Ini bukanlah soalan yang tidak sopan. Kita perlu menghadapi soalan itu. Kita memerlukan keberanian untuk menghadapi persoalan:

adakah kehidupan selibat tidak normal untuk keadaan manusia? Adakah hidup selibat berisiko membantutkan perkembangan seksual?
Thomas Merton pernah ditanya oleh seorang wartawan bagaimana kehidupannya sebagai seorang selibat?

Saya pasti jawaban Thomas pasti mengejutkan orang-orang warak kerana dia hampir menyokong pendapat Bruni.

Jawabannya: “Selibat adalah neraka! Anda hidup dalam kesunyian yang dikutuk oleh Tuhan kerana Dia sendiri mengatakan, ‘Tidak baik bersendirian!’”

Namun, Thomas Merton segera menjelaskan bahawa selibat bukanlah bertentangan dengan kea-daan normal manusia.

Selibat dapat menghasilkan dan membuahkan hasil yang luar biasa, dan mungkin hasil unik ini terikat pada betapa luar biasa dan tidak normalnya kehidupan selibat.

Apa yang Thomas Merton katakan ialah pada dasarnya, selibat adalah tidak normal dan menyusahkan anda kerana ia kehidupan yang tidak dikehendaki oleh Pencipta; tetapi, walaupun dan mungkin kerana keabnormalan itu, selibat boleh menjadi sangat generatif, sama ada untuk orang yang hidup selibat bahkan untuk orang di sekelilingnya.

Saya tahu dan ramai orang yang tidak terkira banyaknya, menyokong kenyataan yang sangat benar ini.

Sebagai seorang Kristian, sebagai manusia dan oleh kehidupan orang melafazkan kaul, hidup berkomuniti dan bergaul dengan ramai paderi, religius lelaki dan perempuan, di mana kehidupan mereka sangat menyentuh hidup saya dan meskipun dikatakan abnormal oleh dunia sekular, saya akui ia menghasilkan buah-buah hebat.

Lebih-lebih lagi, keabnormalan itu boleh mempunyai tarikan tersendiri.

Saya pernah menjadi pembim-bing rohani kepada seorang lelaki muda yang ingin mendalami sama ada akan menyertai kongregasi kami, Missionary Oblates of Mary Immaculate atau melamar seorang wanita muda.

Ia adalah keputusan yang menyakitkan baginya; dia mahu kedua-duanya. Kedua-dua pilihan itu mempunyai elemen romantiknya yang tersendiri. Dan melalui refleksi dan pengamatannya, kedua-dua pilihan itu memberikan keindahan yang tersendiri.

Lelaki dalam dilema itu menceritakan: Saya dibesarkan di kawasan luar bandar dan merupakan anak sulung. Ketika berumur lima belas tahun, pada suatu petang sebelum makan malam, ayah saya yang masih muda, diserang sakit jantung.

Tiada kemudahan ambulan di tempat kami. Kami membawanya ke hospital dengan kereta.

Ibu saya duduk di tempat duduk belakang sambil memeluk ayah saya, manakala saya, yang masih remaja, memandu kereta dengan ketakutan ke hospital kira-kira 15 batu jauhnya.

Ayah saya meninggal dunia sebelum kami tiba di hospital. Walaupun tragis ini, tetapi kematian ayah saya ada unsur keindahan yang tidak dapat saya lupakan.

Ayah saya meninggal dalam pelukan ibu saya. Situasi pilu tetapi indah itu telah menyentuh jiwa saya. Dalam fikiran saya, dalam fantasi saya, itulah cara saya mahu mati —dalam pelukan isteri saya.

Disebabkan kenangan itu sangat kuat mempengaruhi saya, ke-raguan utama saya untuk menyertai Oblate dan menyertai jabatan imamat ialah hidup selibat.

Jika saya menjadi paderi, saya tidak dapat mati dalam pelukan manusia. Saya akan mati seperti orang bujang — dalam rangkulan imamat bukan rangkulan manusia.

Tetapi pada suatu hari, semasa cuba memahami semua ini, saya terlihat satu lagi gambaran: Yesus tidak mati dalam pelukan pasangan; Dia mati keseorangan dan kesunyian.

Saya sentiasa kurang senang tentang kesunyian selibat tetapi pada masa yang sama, tertarik kepada individu seperti Soren Kierkegaard, Ibu Teresa, Dorothy Day, Thomas Merton, dan Daniel Berrigan, yang tidak mati dalam pelukan pasangan tetapi cara kematian mereka amat indah!

Bruni tidak salah ketika memberi peringatan bahawa selibat adalah tidak normal dan penuh dengan bahaya, ada risiko membantutkan perkembangan seksual khususnya ia mengecilkan hubungan asas manusia yang dimandatkan oleh Kitab Suci, iaitu, dogma antropologi asas yang terkandung dalam kisah Tuhan mencipta ibu bapa pertama kita dan firman-Nya yang menyatakan, tidak baik (dan berbahaya) untuk bersendirian!

Selibat menyebabkan seseorang hidup dalam kesepian yang dikutuk oleh Tuhan sendiri, tetapi kesepian itu juga dialami oleh Yesus semasa menyerahkan diri-Nya kepada kita. Mati dalam kesunyian demi mengungkapan cinta yang paling generatif dalam sejarah manusia. — Hakcipta Terpelihara 1999-2024 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments