Ketakutan tentang kematian
Beberapa tahun lalu, seorang rakan saya sedang menghadapi kelahiran anak pertamanya. Walaupun gembira kerana tidak lama lagi dia menjadi seorang ibu, dia mengaku akan ketakutannya tentang proses kelahiran yang menyakitkan dan bahaya yang mungkin tidak disangka.
Nov 22, 2024
Beberapa tahun lalu, seorang rakan saya sedang menghadapi kelahiran anak pertamanya. Walaupun gembira kerana tidak lama lagi dia menjadi seorang ibu, dia mengaku akan ketakutannya tentang proses kelahiran yang menyakitkan dan bahaya yang mungkin tidak disangka.
Tetapi dia menghiburkan dirinya dengan memikirkan bahawa jutaan wanita telah mengalami melahirkan dan melalui detik itu. Pasti, dia juga boleh mengharunginya!
Kadang-kadang saya turut menggunakan kata-kata itu dalam prospek kematian. Kematian adalah topik yang paling menakutkan, meresahkan, dan paling berat, walaupun pada luaran kita cuba untuk berani tetapi ia tetap menakutkan kita.
Apabila kita mengatakan bahawa kita tidak takut mati, kebanyakan kita sebenarnya memang gentar, lebih-lebih lagi kita tidak dapat menjangka bagaimana cara kematian kita kelak.
Terus terang, pemikiran saya sendiri tentang kematian memang “gelap” iaitu takut dan gentar.
Oleh itu, saya menggunakan metodologi rakan saya untuk menambah keberanian dan menghadapi apa yang tidak diketahui. Saya memikirkan, berjuta-juta orang akan mati dan saya pasti boleh menghadapi kematian!
Lebih-lebih lagi, tidak seperti melahirkan anak yang melibatkan hanya beberapa orang, semua orang, termasuk saya sendiri, perlu melaluinya. Seratus tahun dari sekarang, setiap orang yang membaca artikel ini, perlu menghadapi kematiannya.
Jadi, inilah cara untuk melihat kematian kita sendiri — Berbilion orang telah melalui hal ini: lelaki, wanita, kanak-kanak, malah bayi. Ada yang tua, ada yang muda; ada yang bersedia, ada yang tidak; ada yang menyambutnya, ada yang menghadapinya dengan penuh rintangan, ada yang mati kerana sebab semula jadi.
Ada yang mati kerana keganasan; ada yang mati dikelilingi cinta, ada yang mati bersendirian tanpa ada cinta orang-orang di sekelilingnya; ada yang mati dengan aman, ada yang mati menangis dalam ketakutan.
Ada juga yang mati pada usia tua yang matang, ada yang mati dalam masa mudanya; ada yang menderita selama bertahun-tahun akibat demensia sehingga diabaikan dan ada yang mati meskipun kesihatannya baik, ada yang mati kerana mengambil nyawa mereka sendiri; ada yang mati dengan penuh iman dan harapan.
Ada yang mati dengan perasaan putus asa; ada yang mati dengan kesyukuran, dan ada yang mati dalam dendam; ada yang mati dalam pelukan agama dan Gereja mereka, ada yang mati di luar rangkulan Gereja; dan ada yang mati seperti Ibu Teresa, manakala yang lain mati seperti Hitler.
Walau apa pun cara kematian, sama ada orang terkenal atau orang tidak dikenali — mereka semua melalui kematian.
Lebih-lebih lagi, tiada siapa yang kembali dari dunia mati, menceritakan apa yang berlaku di alam kematian, yang menceritakan kita bahawa alam kematian itu seperti yang ditunjukkan dalam semua filem seram, yang memaparkan ada penyeksaan dahsyat selepas kematian.
Tidak seorang pun yang mati, kembali hidup semula untuk memberitahu kita bahawa alam kematian itu seperti rumah berhantu, yang menyeramkan dan banyak roh jahat.
Pada pendapat saya, kebanyakan orang mempunyai pengalaman yang sama dalam hal kematian. Terutamanya, pengalaman kehilangan seorang kita yang kenali.
Kesedihan dan kepedihan awal kematiannya akan beransur hilang. Perasaan yang tidak menentu, akhirnya akan tenang dan baik-baik sahaja. Anehnya, kematian dapat “membasuh” apa sahaja perkara yang kurang baik tentang si mati.
Misalnya, pemergian mereka yang jauh daripada ideal. Contohnya mereka yang mati dalam keadaan marah atau kerana tidak matang atau kerana mereka melakukan jenayah, atau dengan membunuh diri.
Secara perlahan-lahan, kematian mereka menghentikan semua yang tidak baik, mengukuhkan intuisi kita bahawa mereka yang pergi selama-lamanya, kini, berada dalam “tangan” yang lebih baik dan selamat berbanding kita.
Semasa saya masih seorang seminarian, kami pernah menterjemahkan risalah Cicero tentang penuaan dan kematian daripada bahasa Latin ke dalam bahasa Inggeris.
Saya berumur 19 tahun pada masa itu, tetapi sangat tertarik dengan pemikiran Cicero tentang mengapa kita tidak perlu takut mati.
Cicero, seorang yang tabah tetapi pada akhirnya, terselit rasa takutnya terhadap kematian. Untuk mengurangkan ketakutan itu, dia menggunakan pendekatan yang hampir sama seperti rakan saya untuk bersalin, iaitu, memandang kematian sebagai perkara umum, ia terjadi pada semua orang dan di dunia dan kita semua pasti dapat menghadapi atau melaluinya.
Saya telah lama kehilangan nota Cicero, jadi saya mencari maklumat itu di Internet baru-baru ini.
Berikut merupakan petikan dari nota Cicero, “Kematian tidak boleh difikirkan sangat! Ia boleh diabaikan kerana kita tidak tahu sama ada ia benar-benar memusnahkan jiwa, atau membawa jiwa ke suatu tempat di mana di mana jiwa kita akan hidup selama-lamanya. Maka, apa yang harus saya takuti, jika selepas kematian saya ditakdirkan untuk tidak bahagia atau bahagia?”
Iman kita menjawab perkara ini: Tidak bahagia atau bahagia selepas kematian? Sudah tentu dengan iman, bahagia menanti kita selepas kematian. Dan sifat semula jadi kita juga sudah lama mengetahuinya! --Hakcipta Terpelihara 1999-2024 @ Fr Ron Rolheiser
Total Comments:0