Ketika fikiran tidak fokus semasa Misa ...
Semasa merayakan Ekaristi, ada beberapa gangguan yang pasti mengalihkan tumpuan kita terhadap Tuhan.
Jan 11, 2025
Semasa merayakan Ekaristi, ada beberapa gangguan yang pasti mengalihkan tumpuan kita terhadap Tuhan.
Bagaimana mengatasinya? Berikut merupakan cadangan yang pasti dapat membantu anda:
Ketika fikiran anda melayang, lihatlah salib besar yang ada di Gereja, atau lihatlah tabernakel.
Salib dapat mengingatkan kita betapa agungnya cinta kasih Tuhan yang sanggup menderita dan wafat untuk kita. Salib mengingatkan kita bahawa kebangkitan- Nya telah mengalahkan musuh dan membangkitkan semangat kita yang mungkin takut akan hal-hal masa hadapan yang tidak pasti.
Tabernakel pula mengingatkan kita bahawa Tuhan itu sungguh-sungguh hadir.
Oleh sebab itu, ketika fikiran kita melayang- layang disebabkan memikirkan banyak perkara remeh, pandanglah dua objek sakral tersebut.
Anda akan kembali mengikuti Misa dengan lebih fokus dan tidak ada yang lebih penting selain menumpukan perhatian terhadap Yesus.
Agar fokus dalam Misa, pilihlah seseorang yang akan anda doakan dalam Misa yang sedang anda hadiri.
Tidak perlu memberitahu rakan atau ahli keluarga bahawa anda sedang mendoakan mereka. Mendoakan orangorang dalam Misa dapat memberikan penumpuan peribadi yang lebih besar.
Tanpa sedar, mungkin ramai di antara kita mulai menghakimi orang lain semasa Misa.
Sering kali kita memperhatikan kelemahan orang lain atau teringat kesalahan kecil orang lain yang ada di hadapan kita (misalnya para petugas liturgi).
Maka, cubalah untuk melihat objekobjek yang digunakan dalam Misa yang merupakan simbol Kristus, misalnya altar, lilin, busana paderi, piala suci. Alatalat suci ini digunakan agar fikiran kita fokus kepada perayaan Ekaristi.
Semasa pembacaan dalam Misa, ada kalanya telinga kita menjadi ‘tuli’. Sedar-sedar, liturgi pembacaan telah tamat dan kita tidak mengingati apa pesan Yessus terhadap kita.
Oleh sebab itu, semasa pembacaan pertama hingga Injil, dengarkan ayatayat yang menyentuh hati anda. Semasa Mazmur, sertailah dan ulangilah refrain sebagai doa anda sendiri.
Semasa pewartaan Injil, pusatkan perhatian anda mengenai bagaimana reaksi Yesus menghadapi situasi dunia.
Ketika persembahan dibawa ke hadapan altar, tempatkanlah diri anda bersama mereka yang membawa persembahan.
Persembahkanlah diri anda kepada Yesus sambil membawa persembahan dan berkata, “Ya Yesus aku menempatkan diri aku di hadapan-Mu dengan persembahan ini supaya Engkau terima dan diubah oleh kasih karunia-Mu.”
Ada suatu kebiasaan lama namun sangat membantu iman kita.
Ulangi doa ini beberapa kali ketika Tubuh dan Darah Yesus diangkat oleh paderi.“Tuhan Yesus, kasihanilah kami.” Yang terakhir, sebelum bersurai, cubalah untuk mengingat sesuatu dari homili atau bacaan Injil yang menyentuh hati anda untuk dibicarakan kepada orang lain.
Menghadiri Misa merupakan hal terbaik. Manfaatkanlah ia semaksima yang boleh! --Aleteia
Total Comments:0