Ketika mengalami emosi yang melumpuhkan

Kekuatan terbesar kita selalunya kelemahan terbesar kita. Kepekaan adalah anugerah, tetapi seperti mana-mana orang yang sensitif yang akan memberitahu anda, anugerah itu boleh menjadi rahmat yang bercampur-baur.

Nov 27, 2021


Kekuatan terbesar kita selalunya kelemahan terbesar kita. Kepekaan adalah anugerah, tetapi seperti mana-mana orang yang sensitif yang akan memberitahu anda, anugerah itu boleh menjadi rahmat yang bercampur-baur. Kadang-kadang kulit tebal dan berkematu boleh menyelamatkan anda daripada banyak penderitaan, khususnya dari rasa sakit hati.

Penulis rohani popular Henri Nouwen adalah seorang yang sangat sensitif. Itu adalah kekuatan dan juga kelemahannya. Dia banyak menderita kerana sensitivitinya. Sebagai contoh, dia beberapa kali jatuh cinta dengan seseorang, tetapi oleh kerana dia mengambil kaul selibat dan oleh kerana perasaan cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan, dia menjadi obsesi itu, kecewa, emosinya perlahanlahan menjadi lumpuh atau beku.

Perasaan obsesif ini sangat menguasainya sehingga (menenggelamkan sifat jujur dan membinasakannya) sehingga dia meminta bantuan klinikal. Mengikut pengakuannya sendiri, ia merupakan tempoh paling gelap dan paling menyakitkan dalam hidupnya.

Terdapat ramai yang mengalami seperti Nouwen di dunia ini. Pasti ada sahaja individu di kalangan Nouwen, yang sepertinya, sangat sensitif.

Malah, salah seorang idola Nouwen, seorang pelukis Belanda yang terkenal, Vincent Van Gogh, yang mengalami sensitiviti akut yang parah sepanjang hayatnya dan pada satu ketika, mengalami obsesi emosi dalam cinta, memotong salah satu telinganya dan menghantarnya. kepada orang yang sangat ditaksubinya.

Seorang lagi idola Nouwen, ahli falsafah Denmark , Soren Kierkegaard, di mana kesepian peribadinya telah mewarnai tulisan agama dan falsafahnya. Bukan kebetulan bahawa begitu ramai orang yang sangat kreatif (artis, penulis, penghibur) sering terperangkap dalam cengkaman obsesi emosi. Bagi saya, ini memang ada kebenarannya.

Apa yang perlu dilakukan apabila beberapa obsesi emosi benarbenar melumpuhkan kita? Saya telah dua kali mengemukakan soalan ini kepada ahli psikologi. Pertanyaan kali pertama ditujukan kepada ahli psikologi Belanda terkenal, Antone Vergote.

Saya berpeluang berada di dalam kuliahnya dan salah satu kuliah itu, saya sempat bertanyakan soalan ini kepadanya.

Bagaimanakah anda membantu seseorang yang ‘beku’ akibat sakit hati atau dari kesakitan lain sehingga menyebabkan dia membunuh diri? Jawabannya cukup sederhana.

Beliau mengatakan bahawa ini adalah situasi paling sukar yang pernah kita hadapi, dalam diri kita, dalam keluarga dan persahabatan kita, dan dalam situasi pastoral dan kaunseling.

Dia mengakui bahawa psikologi masih bergelut dengan kaedah tindak balas yang berguna dan mencadangkan agar kita mencari beberapa perspektif yang mencerahkan dengan merujuk kepada pakar psikologi yang berpengalaman.

Kemudian dia mengatakan: obsesi emosi ialah satu bentuk penumpuan yang berlebihan, terlalu fokus pada sesuatu sehingga ia sukar lari dari obsesi itu. Bagi membantu mereka yang obses, yang terlalu fokus pada perkara sesuatu, perkara yang boleh membantu mereka ialah cuba mengalihkan perhatian mereka.

Lakukan apa sahaja cara atau tindakan yang boleh mengalihkan fikiran orang itu daripada terlalu fokus kepada satu perkara. Ini mungkin kedengaran seperti tidak berkesan, lebih-lebih lagi kita selalu mendengar nasihat keagamaan, “bawa masalah anda ke gereja".

Kita mungkin mengatakan, bukankah berdoa adalah jawaban terbaik. Bukankah doa jawaban yang sebenar?

Ya, sepatutnya doa boleh menjadi penyembuh kepada obsesi, tetapi cara ini mempunyai bahaya tersembunyi. Jika anda berada dalam cengkaman obsesi yang melumpuhkan, bersendirian di gereja mungkin tempat terakhir yang anda perlukan. Bersendirian dan lumpuh secara emosi, anda mungkin boleh dikuasai kegelapan.

Dalam detik-detik tergelap kita, Tuhan diinkarnasi melalui sentuhan manusia, melalui penjagaan seseorang, yang membentuk gereja sebenar, inilah yang benar-benar kita perlukan.

Ahli psikologi kedua yang saya ajukan soalan ini telah menambah nasihat ini. Jangan sekali-kali tinggal dalam kegelapan seperti ini menyendiri atau mengasingkan diri. Sesungguhnya, jangan sekalikali bersendirian.

Bersamalah dengan seseorang - kawan, mentor, doktor, pembimbing, sesama penderita, sesiapa sahaja. Saya masih ingat satu peristiwa beberapa tahun yang lalu apabila seorang pemuda datang kepada saya.

Pemuda itu dalam cengkaman obsesi, dia mahu memandu sendirian ke pergunungan, menyewa kabin , dan “ memikirkan masalahnya dengan teliti” di tempat sunyi itu.

Saya menasihatinya bahawa tindakannya tidak betul dan memintanya jangan bersendirian kerana bersendirian dan mengasingkan diri, sambil diselubungi obsesi akan menyebabkan dirinya dalam bahaya. Saya memberitahunya bahawa apa yang dia perlukan ialah perkara yang boleh mengalih perhatiannya – kerjanya, kawan-kawannya, rutinnya, atau ke tempat-tempat yang disukai bersama seseorang.

Tidak semua orang adalah seperti Yesus yang boleh menghadapi kegelapan sebelum disalibkan, seorang diri.

Tetapi, Dia sebenarnya tidak sendirian. Dia bersama Bapa-Nya. Jika kita yakin bahawa iman kita amat kuat, tabah untuk menghadapi apa sahaja, kita akan tahu bahawa Tuhan ada untuk kita, maka kita boleh mengambil risiko memasuki kegelapan. Kemudian kita boleh membawa emosi kita yang beku itu ke gereja atau ke kabin terpencil di pergunungan.

Walau bagaimanapun, jika kita takut luka di dalam hati kita akan menjadi semakin parah, boleh menyebabkan kita tidak berdaya dan membunuh diri, adalah lebih baik kita cepat-cepat mencapai tangan mereka yang boleh dipercayai, mencari sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian bagi memecahkan obsesi yang melumpuhkan kita.

Pada suatu ketika, semasa Henri Nouwen menerima rawatan untuk kemurungan di sebuah klinik, beliau telah menulis sebuah buku, The Inner Voice of Love, yang mengongsikan bagaimana dia berjaya mengatasi kemurungan itu. Akhirnya, Nouwen memahami bahawa, “hati kita lebih kuat berbanding luka batin kita”; tetapi jika kita selalu dalam kegelapan, kita tidak akan keluar dari masalah ini. — Hakcipta Terpelihara 1999-2021@Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments