Keuskupan Keningau kekalkan tradisi rumah terbuka Krismas

Demi mengekalkan tradisi meraikan sesebuah perayaan secara berkomuniti, sekali lagi Keuskupan Keningau mengadakan Rumah Terbuka Keuskupan Keningau pada Disember 30, 2024 di dewan yang baharu diberkati iaitu Dewan Kalansanan (Dewan Harapan), yang terletak di Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Nulu Sosopon (PZKKNS).

Jan 11, 2025


KENINGAU: Demi mengekalkan tradisi meraikan sesebuah perayaan secara berkomuniti, sekali lagi Keuskupan Keningau mengadakan Rumah Terbuka Keuskupan Keningau pada Disember 30, 2024 di dewan yang baharu diberkati iaitu Dewan Kalansanan (Dewan Harapan), yang terletak di Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Nulu Sosopon (PZKKNS).

Sehari sebelum itu, Keuskupan Keningau juga melancarkan Tahun Jubli 2025 bertema “Penziarah Harapan” di PZKKNS.
Turut hadir dalam majlis ini ialah perwakilan dari paroki-paroki di bawah naungan Keuskupan Keningau, para religius dan beberapa orang paderi dari Indonesia yang membantu pelayanan Misa Kudus sepanjang musim Natal di Keningau. --Juanis Markus

Total Comments:0

Name
Email
Comments