Keuskupan Keningau lancar kempen PROTEC tahun kelima
Kempen Lindungi Bumi kita, Lindungi anak-anak kita (PROTEC) memasuki tahun kelima dengan tema: Kurangkan Penggunaan Kertas dan Kayu.
Oct 04, 2024

KENINGAU: Kempen Lindungi Bumi kita, Lindungi anak-anak kita (PROTEC) memasuki tahun kelima dengan tema: Kurangkan Penggunaan Kertas dan Kayu.
PROTEC tahun kelima dilancarkan di Keuskupan Keningau oleh Uskup Cornelius Piong pada September 15 di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal.
Pelancaran ini juga bertepatan dengan Musim Penciptaan 2024 (September 1 hingga Oktober 4) dengan tema: “Untuk berharap dan bertindak dengan penciptaan”.
Pelancaran ini dimulakan dengan ucapan daripada Sdri Lissa Johannes, Pengerusi Komisi Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan (KACT).
Dalam ucapannya, Sdri Lissa mengatakan pokok adalah kehidupan yang banyak memberi kebaikan kepada alam ciptaan dan harus dijaga.
Ini adalah kerana dunia semakin panas akibat daripada penebangan hutan dan pokok yang berleluasa.
Kira-kira 420 juta hektar hutan telah hilang akibat penebangan hutan antara 1990 dan 2020, dan kita kehilangan kira-kira 10 juta hektar setiap tahun.
Sdri Lissa mengajak semua umat untuk mengurangkan penggunaan kertas dan menggalakkan menanam pokok sekurangkurangnya sebuah keluarga menanam satu pokok dan bagi paroki dicadangkan menanam tiga pokok atau menjalankan kempen seperti menanam bakau.
Uskup Cornelius dalam ucapannya kata-kata Sri Paus Fransiskus yang mengingatkan kita bahawa bumi kita sedang demam dan sakit akibat manusia kurang mengambil peduli akan alam ciptaan-Nya.
Prelatus itu juga memberikan beberapa panduan pengurangan kertas misalnya menggunakan QR Code dan sapu tangan.
Selepas ucapan, gimik pelancaran disempurnakan oleh Uskup Cornelius yang telah disediakan oleh Keluarga Pelayan RRKK Tatal, Keningau.
Kemudian, acara diakhiri dengan sesi bergambar dan menanam pokok.
Total Comments:0