Kita adalah penerus misi Kristus di dunia

Selepas program ‘turun padang’ ke paroki St Dominic, Lahad Datu pada bulan Mac lalu, acara turun padang selanjutnya berlangsung di Gereja Our Lady Of Fatima, Beluran dan paroki Holy Trinity Tawau.

Jun 02, 2023


BELURAN, Sandakan:
Selepas program ‘turun padang’ ke paroki St Dominic, Lahad Datu pada bulan Mac lalu, acara turun padang selanjutnya berlangsung di Gereja Our Lady Of Fatima, Beluran dan paroki Holy Trinity Tawau.

Program ‘turun padang’ ini bertujuan memberi penerangan tentang Konvensyen Pastoral Malaysia (MPC) yang akan berlangsung pada tahun 2026.

Sebuah tim yang dipanggil Tim Fokus Keuskupan Sandakan, yang terdiri daripada Fr David Garaman, Fr Stanley Matakim, Sr Martina James FSIC dan Pn Anna Teresa Peter Amandus, menjelajah seluruh paroki di Keuskupan Sandakan bagi menyebarkan maklumat mengenai MPC.

Di Paroki Beluran, program ini telah dihadiri seramai 31 pemimpin Gereja yang terdiri daripada ahli-ahli Majlis Pastoral Paroki, ketua-ketua KKD, Komiti Pelayanan serta umat setempat.

Manakala di Tawau, seramai 100 orang, yang terdiri daripada kalangan pemimpin dan umat setempat menghadiri acara yang diisi dengan pelbagai aktiviti misalnya ‘Expectation Check’, ‘I am a Mission on this Earth’ dan ‘Spiritual Conversation’.

Dalam sesi ‘Expectation Check’, para peserta dibawa untuk berfikiran terbuka untuk mengetahui fokus utama mereka secara peribadi.

Manakala dalam aktiviti ‘Reality check’, Sr Martina menjelaskan tentang sejarah gereja Katolik dan mengaitkannya dengan peranan setiap peribadi pemimpin yang hadir.

Salah satu aktiviti yang juga menarik, ia-itu ‘Weather Check’ memberi peluang kepada para peserta untuk melihat kebaikan dan cabaran realiti dunia masa kini.

Sesi ‘Spiritual Conversation’ diperkenalkan dalam program ini sebagai satu kaedah mendengar yang lebih bersifat sinodal di mana semangat kekitaan dapat diterapkan dalam diri setiap pemimpin.

Proses ini membuka kesempatan kepada para peserta untuk berkongsi secara terbuka tanpa dihakimi dan sentiasa mendengar suara Roh Kudus.

Peranan dan fungsi umat sebagai sebuah gereja tempatan ditekankan dalam sesi ‘I am a Mission on this Earth’.

Program ‘turun padang’ ke Beluran dan Tawau ini menyaksikan para pemimpin Gereja berpartisipasi aktif menyertai semua sesi.

Semangat yang ditonjolkan dalam ‘Spiritual Conversation’ menampakkan mereka ingin membawa suatu perubahan dalam proses gereja sinodal. Bukti semangat mereka ditunjukkan melalui perkongsian kumpulan besar.

Program ‘turun padang’ bagi kedua-dua paroki tersebut, diakhiri dengan tarian komuniti diiringi dengan lagu ‘Hineh Ma Tov’ yang membawa maksud “Betapa baik dan menyenangkannya apabila saudara-saudara diam bersama” Mazmur 133.1.

Selepas Beluran dan Tawau, program turun padang MPC 2026 telah dan akan dijalankan di Paitan, Telupid dan Sandakan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments