Kita perlu Gereja persaudaraan

“Kita memerlukan sebuah Gereja persaudaraan, yang merupakan ejen persaudaraan di dunia,” kata Sri Paus Fransiskus kepada komuniti Katolik di Cyprus, semasa berkunjung ke kepulauan itu pada 2 Disember lalu.

Dec 04, 2021

Kanak-kanak menyambut kedatangan Sri Paus Fransiskus di Lapangan Terbang Antarabangsa Larnaca, Cyprus pada 2 Disember 2021. Kredit Gambar Vatican Media/ Guglielmo Mangiapane.


NICOSIA, Cyprus:
“Kita memerlukan sebuah Gereja persaudaraan, yang merupakan ejen persaudaraan di dunia,” kata Sri Paus Fransiskus kepada komuniti Katolik di Cyprus, semasa berkunjung ke kepulauan itu pada 2 Disember lalu.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di Katedral Maronite of Our Lady of Grace, Sri Paus mengatakan, “di Cyprus, terdapat banyak semangat rohani dan gerejawi, latar belakang dan sejarah yang berbeza, upacara dan tradisi yang berbeza. Namun kepelbagaian ini bukanlah ancaman kepada identiti; tidak, kita tidak sepatutnya cemburu atau mempertahankan bahawa pegangan iman kitalah yang terbaik.”

“Sekiranya kita tidak menghormati dan mencemuh kerohanian yang berbeza dari kita, maka timbullah ketakutan. Ketakutan akan membawa kepada syak wasangka dan kemudian, lambat laun, kepada konflik,” ujar Bapa Suci sambil menekankan, “Kita adalah bersaudara. Kita adalah anak-anak yang dikasihi oleh Tuhan, satu-satunya Bapa kita di syurga.”

Sri Paus Fransiskus mendarat di Cyprus pada petang Khamis, 2 Disember bagi memulakan perjalanan apostoliknya selama lima hari ke Athens, Greece, dan pulau Lesbos. Dalam lawatan ini, Sri Paus juga akan bertemu dengan para pendatang kerana Cyprus dan Greece merupakan pusat perhentian utama bagi pendatang dan pelarian yang ingin memasuki Eropah, terutamanya dari Timur Tengah dan Afrikaa

Berucap kepada para paderi Katolik, diakon, religius, katekis, dan persatuan dan pergerakan gerejawi Cyprus, Sangti Papa berkata: “Dengan semangat persaudaraan kalian, anda boleh mengingatkan semua orang, dan seluruh Eropah bahawa kita perlu bekerjasama untuk membina masa depan yang lebih baik, lebih berkemanusiaan, untuk mengatasi perpecahan, untuk merobohkan tembok, untuk bermimpi dan bekerja untuk perpaduan. Kita perlu mengalu-alukan dan berintegrasi antara satu sama lain, dan berjalan bersama sebagai saudara dan saudari.”

Sebelum meninggalkan Vatikan pada 2 Disember untuk ke Cyprus, Fransiskus terlebih dahulu telah menyambut kira-kira 12 pendatang dari Afghanistan, Somalia, Congo, dan Syria, yang kini tinggal di Itali. Sebahagian daripada mereka adalah pendatang yang datang ke Roma dengan menaiki pesawat bersama Sri Paus Fransiskus selepas lawatannya ke Lesbos pada 2016.

Cyprus dan Greece adalah penting dalam sejarah Kristian awal, kerana Rasul Sto. Paulus dan Sto. Barnabas pernah mengembara ke negara Mediterranean untuk memberitakan Injil.

Kisah Para Rasul mencatatkan bahawa Sto. Paulus singgah di Cyprus dan mempertobatkan seorang Prokonsul Roma, Sergius Paulus menjadi Kristian. Sto Paulus juga terkenal dengan khutbah-khutbah lantangnya di jalan-jalan Athens.

Patriark Pierbattista Pizzaballa, Patriark Latin Jerusalem, dan Kardinal Bechara Boutros Rai, ketua Gereja Maronite, membuat perjalanan dari Tanah Suci dan Lubnan, untuk hadir dalam pertemuan Maronite dan Katolik Latin dengan Bapa Suci di Cyprus pada 2 Dis.

Gereja Maronite adalah salah satu daripada 23 Gereja Katolik Timur yang mempunyai persekutuan penuh dengan Roma. Dianggarkan terdapat tiga juta penganut Katolik Maronite di seluruh dunia, kira-kira sejuta daripadanya tinggal di Lubnan.

Selepas bertemu dengan para pemimpin dan komuniti Katolik, Sri Paus Fransiskus dibawa untuk bertemu dengan Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades, di mana beliau juga menyampaikan ucapan kepada para ketua politik, wakil pertubuhan sivil dan pegawai-pegawai diplomatik di Istana Presiden, di ibu kota Nicosia.

Fransiskus menyifatkan pembahagian de facto pulau itu sebagai “luka terbesar yang dialami oleh tanah ini.”

Bapa Suci berjanji, “Saya berdoa untuk keamanan anda, untuk keamanan seluruh pulau, dan saya menjadikannya harapan saya. Satu sarana efektif untuk mengekalkan kedamaian dan membangkitkan semula keindahan persaudaraan – dialog.”

Sri Paus Fransiskus adalah Sri Paus kedua yang melawat Cyprus selepas Sri Pasu Benediktus XVI yang melawat ke pulau Mediterranean pada 2010.

“Kedamaian tidak selalunya dicapai oleh personaliti yang hebat, tetapi dengan keazaman harian lelaki dan wanita biasa. Benua Eropah memerlukan perdamaian dan perpaduan; jika mahu bergerak ke hadapan, ia memerlukan keberanian dan semangat!”

Pada akhir ucapannya, Sri Paus mengatakan, “Semoga sejarah Cyprus mengajar kita untuk melihat bagaimana pertemuan dan sambutan telah membuahkan hasil yang baik yang bertahan. Kemakmuran Cyprus bukan sahaja pada sejarah agamanya tetapi juga, dalam pembin

Total Comments:1

Name
Email
Comments
MDmariusdenis@gmail.com
Berita tidak habis, putus.