Kita sangat memerlukan kasih dari Tuhan

Orang-orang yang mahu masuk ke kampung tersebut seringkali singgah ke rumah orang tua tersebut untuk bertanyakan pelbagai soalan tentang kampung tersebut.

May 07, 2021

HARI MINGGU PASKAH ENAM
TAHUN B
KISAH PARA RASUL 10:25-26,34-35,44-48;
1 YOHANES 4:7-10;
INJIL YOH. 15:9-17

Ada pada suatu masa dahulu  ada seorang tua tinggal dekat  pintu gerbang masuk ke sebuah  perkampungan. 

Orang-orang yang mahu masuk  ke kampung tersebut seringkali  singgah ke rumah orang tua tersebut untuk bertanyakan pelbagai  soalan tentang kampung tersebut. 

Pada suatu hari, seorang  pengembara datang bertanya  kepadanya, “Bagaimanakah sikap  orang-orang di kampung ini?”  “Bagaimanakah sikap orang-orang  di kampung asalmu?” tanya orang  tua itu pula. 

“Di kampung saya, semua orang  baik-baik belaka dan tidak suka  berburuk sangka.” 

Orang tua itu mengatakan bahawa orang-orang di kampung itu  pasti akan menerima kedatangan si  pengembara dengan ikhlas dan  murah hati.

Kemudian tidak lama kemudian,  seorang pengembara yang lain  datang bertemu dengan orang tua  tersebut dan bertanya dengan soalan yang sama, “Bagaimanakah  sikap orang-orang di kampung  ini?” 

“Bagaimana sikap orang-orang  di kampung asalmu?” tanya orang  tua itu pula. “Di kampung dari  mana saya datang,” kata penggembara tersebut, “Orang-orangnya  semua penipu dan pencuri, mereka  adalah orang-orang yang sangat  teruk sekali!” 

“Anakku,” kata orang tua tersebut dengan nada yang sayu,  “Engkau akan menemui orangorang yang sama di kampung ini,  penipu dan pencuri kerana itu  mereka adalah orang-orang yang  sangat teruk sekali,” kata orang tua  tersebut.

Melalui kisah tersebut di atas  maka jelaslah bahawa kita melihat  melalui mata hati kita. Jika terdapat cinta kasih di dalam hati kita,  maka kita akan melihat cinta kasih. 

Sekiranya terdapat dendam kesumat dan luka-luka di dalam hati  kita, maka kita akan melihat dendam dan luka-luka batin. Malangnya, gaya dan corak  kehidupan seperti ini boleh menurun dari generasi ke generasi yang  seterusnya. 

Kita membalas kejahatan dengan kejahatan. Maka tidak hairanlah kita sering mendengar atau  mengalaminya sendiri bahawa  mereka yang pernah dianiaya  secara fizikal oleh ibu bapanya  sendiri sejak mereka masih kecil,  akan berbuat demikian juga terhadap anak-anak mereka sendiri.

Yesus memang sedar tentang  realiti kehidupan kita yang cukup  mencabar kesabaran kita apabila 

Dia bercakap tentang cinta  kasih, kedamaian dan tentang nasihat untuk tidak takut atau merasa  takut di dalam hati kita. “Jikalau  kamu menuruti perintah-Ku, kamu  akan tinggal di dalam kasih-Ku…”  (Yoh 15:10). Mengasihi Tuhan,  pertama-tama kita perlu mengakui  dan menerima hakikat bahawa kita  dikasihi oleh Tuhan.  Apabila kita menerima hakekat  ini, maka kita menjadi semakin  bebas daripada rasa ketakutan. 

Apabila kita menjadi lebih bebas  daripada belenggu ketakutan maka  cara kita melihat keberadaan sesama kita juga mula berubah. Dan  apabila cara kita melihat juga berubah, maka sikap dan gaya hidup  kita juga mula berubah.

Pada hari ini Yesus secara istemewa menghimbau kita untuk  mengamalkan budaya saling mengasihi sama seperti Tuhan mengasihi kita. 

Kasih yang dimaksudkan bukan  kasih ‘pandang pertama’ yang seringkali diakhiri dengan perceraian  akibat ‘perselisihan pertama’ yang  biasanya hanya bersifat remeh  temeh. 

Ianya juga berbeza dengan kasih  keluarga, kerana saudara mara  biasanya ‘terpaksa’ menolong kerana ada kaitan saudara. Demikian  juga kasih yang diajarkan Yesus ini  berbeza dengan kasih di antara  handai taulan sebab kita boleh  dipeluk cium oleh orang-orang  yang bodoh dan diperbodohkan  oleh pelukan dan ciuman. Cinta kasih Tuhan sangat berbeza sebab kasih-Nya adalah  memberikan nyawa-Nya hingga  ke kematian.

Cinta kasih Tuhan  nyata dan jelas melalui tubuh dan  darah Yesus, “Dalam hal inilah  kasih Tuhan dinyatakan di tengahtengah kita, iaitu bahawa Tuhan  telah mengutus Anak-Nya yang  tunggal ke dalam dunia, supaya  kita hidup oleh-Nya” (1Yoh 4:9).

Kita didorong untuk mengamalkan dan memperlihatkan kepada  sesama kita sekomuniti cinta kasih  Tuhan yang dinyatakan oleh Yesus  itu. Sebab cinta kasih adalah merupakan jiwa bagi setiap komuniti.

Saling mengasihi antara satu  dengan yang lain bukalah merupakan suatu ucapan yang dipenuhi  dengan kata-kata yang sudah basi  tetapi ianya merupakan suatu  petua atau preskripsi juga bukan  merupakan sekadar sesuatu nasihat  tetapi merupakan suatu arahan. 

Dalam Injil tadi, Yesus telah  mengucapkan sebanyak sembilan  kali perkataan ‘kasih’, menandakan bahawa betapa pentingnya  budaya kasih itu bagi kehidupan  kita sejak dahulu hinggalah sekarang ini.

Memang kita sungguh memerlukan iman yang teguh untuk mempercayai bahawa kasih merupakan  asas realiti kehidupan. 

Kita sungguh memerlukan  keberanian untuk terus mengasihi  terutama ketika kasih kita ditolak.  Kita juga memerlukan pengharapan untuk dapat mengasihi apabila  rasa segan, takut dan tekanan yang  menyerang dari dalam diri kita  sendiri. — santapan rohani

Total Comments:0

Name
Email
Comments