Komunikator Katolik harus promosi persekutuan dalam dunia digital
Perubahan zaman dalam dunia media memerlukan “komitmen yang diperbaharui untuk memartabatkan maruah rakyat, kepada keadilan dan kebenaran, kepada legaliti dan tanggungjawab bersama pendidikan,” kata Sri Paus Fransiskus kepada perwakilan komunikator Katolik Itali.
Dec 01, 2023
VATIKAN: Perubahan zaman dalam dunia media memerlukan “komitmen yang diperbaharui untuk memartabatkan maruah rakyat, kepada keadilan dan kebenaran, kepada legaliti dan tanggungjawab bersama pendidikan,” kata Sri Paus Fransiskus kepada perwakilan komunikator Katolik Itali.
Bapa Suci bertemu dengan perwakilan itu pada November 23 di mana prelatus itu mengingatkan mereka bahawa komunikasi, pada dasarnya adalah “berkongsi, menenun ‘benang’ persekutuan, mewujudkan jambatan tanpa meninggikan tembok.”
Dalam konteks “bidang komunikasi” yang hebat hari ini, yang semakin pantas dan sarat dengan maklumat, Bapa Suci menjemput mereka yang hadir untuk sentiasa mengutamakan tiga perkara berikut:
a. pendidikan — cara untuk menghubungkan generasi tua dan muda. Selain itu, komunikasi bukan sahaja memberi berita semasa, tetapi menyampaikan visi manusia dan Kristian yang bertujuan untuk membentuk minda dan hati
b. melindungi kumpulan paling lemah dalam masyarakat, termasuk golongan bawah umur, warga emas dan orang kurang upaya, “daripada invasif media digital dan godaan komunikasi provokatif dan polemik.”
c. Kesaksian seperti yang ditunjukkan oleh Beato Carlo Acutis, yang berkata, “gunakanlah teknologi komunikasi baharu untuk menyampaikan Injil, menyampaikan nilai dan keindahan.” -- media Vatikan
Total Comments:0