Kontinjen belia Keuskupan Keningau sudah sedia ‘bangkit dan bergegas’ ke WYD Lisbon

Tujuh orang belia dari Keuskupan Keningau yang diketuai oleh Sdra Roney Eming yang juga Ketua Komisi Belia Keuskupan Keningau, telah menjalani segala proses kerohanian dan fizikal untuk menghadiri Hari Belia Sedunia yang diadakan di Lisbon, Portugal pada Ogos 1-8.

Jul 22, 2023

Gambar kenangan kontinjen Keuskupan Keningau semasa menyertai WYD di Krakow, Poland pada tahun 2016.


KENINGAU: Tujuh orang belia dari Keuskupan Keningau yang diketuai oleh Sdra Roney Eming yang juga Ketua Komisi Belia Keuskupan Keningau, telah menjalani segala proses kerohanian dan fizikal untuk menghadiri Hari Belia Sedunia yang diadakan di Lisbon, Portugal pada Ogos 1-8.

Mereka menjalani "Days In the Diocese" pada Julai 24-31 di Keuskupan Porto, Portugal serta mengalami pengalaman sejati, penginjilan dan misi.

Misa Kudus Pengutusan untuk kontinjen Keuskupan Keningau telah dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong pada pagi Julai 17, di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal. Sebelum itu, mereka juga mengadakan Novena sembilan hari sebelum bertolak ke Lisbon.

“Saya berharap dengan menghadiri WYD akan memberi saya pengalaman dan ideaidea baharu yang boleh diadaptasikan dalam program-program belia paroki mahupun di peringkat Keuskupan,” kata Sdra Roney.

Brendan Arambala, salah seorang kontinjen yang teruja menyertai WYD Lisbon berharap selepas kembali dari perhimpunan besar itu, beliau lebih aktif dalam pelayanan.

Bagi Teresie Ketty, beliau sudah lama ingin mengikuti WYD dan tahun ini.

Teresie amat gembira menjadi salah seorang kontinjen Keuskupan Keningau ke WYD. Teresie berharap WYD Lisbon akan membimbingnya menjadi belia zaman now yang beriman, kreatif, berani dan tabah sebagai pelayan Tuhan. — Roney Eming

Total Comments:0

Name
Email
Comments