Krisis Gaza: Bapa Suci bertemu pemimpin Palestine

Sri Paus Fransiskus mengalu-alukan kunjungan Presiden Palestine, Mahmoud Abbas di Vatikan pada Disember 12 lalu untuk perbincangan yang menumpukan kepada krisis kemanusiaan di Gaza dan prospek keamanan di Tanah Suci.

Dec 20, 2024

Pertemuan antara Bapa Suci Fransiskus dengan Presiden Palestine, Mahmoud Abbas di Vatikan pada Dis 12, 2024. Gambar: Media Vatikan.


VATIKAN:
Sri Paus Fransiskus mengalu-alukan kunjungan Presiden Palestine, Mahmoud Abbas di Vatikan pada Disember 12 lalu untuk perbincangan yang menumpukan kepada krisis kemanusiaan di Gaza dan prospek keamanan di Tanah Suci.

Pertemuan selama 30 minit, yang diikuti dengan pertemuan dengan Setiausaha Negara Vatikan, Kardinal Pietro Parolin dan Uskup Agung Paul Richard Gallagher, setiausaha untuk hubungan dengan negara-negara, para pemimpin tersebut menekankan kepentingan mencapai penyelesaian untuk “dua negara melalui dialog dan diplomasi”.

Takhta Suci berkata rundingan itu juga menekankan “sumbangan penting Gereja Katolik kepada masyarakat Palestine” dan peranannya dalam menyediakan bantuan kemanusiaan di Gaza serta gesaan gencatan senjata dan pembebasan semua tebusan secepat mungkin. Pertemuan itu merupakan lawatan pertama Abbas ke Vatikan sejak 2021.

Pemimpin Palestine berusia 89 tahun itu, yang telah memegang jawatan selama kira-kira 20 tahun, telah bercakap dengan Sri Paus Fransiskus melalui telefon sejak serangan Oktober 7, 2023 ke atas Israel oleh kumpulan pengganas Islam Hamas.

Dalam “perbincangan mesra,” kedua-dua pihak mengulangi kecaman terhadap semua bentuk keganasan sambil menekankan kepentingan melindungi status istimewa Yerusalem sebagai “tempat pertemuan dan persahabatan antara tiga agama monoteis yang hebat.”

Vatikan menyatakan harapan bahawa Tahun Jubli 2025 yang akan datang akan menyaksikan kembalinya penziarah ke Tanah Suci, yang sangat mendambakan keamanan. --CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments