Krismawan diseru mantapkan iman, lebih dinamik

Seramai 114 krismawan yang terdiri daripada kelas PMG dan IKD Bahasa Malaysia Paroki Katedral Hati Kudus manakala tiga orang krismawan dari Gereja St Paul Dontozidon.

Nov 27, 2021


KOTA KINABALU:
Mengapa Gereja menyuruh agar semua orang menerima Sakramen Penguatan? Soalan ini diajukan oleh Uskup Agung John Wong semasa memimpin Misa Kudus Krisma pada 19 November lalu, di Katedral Hati Kudus.

Seramai 114 krismawan yang terdiri daripada kelas PMG dan IKD Bahasa Malaysia Paroki Katedral Hati Kudus manakala tiga orang krismawan dari Gereja St Paul Dontozidon.

Ritus penerimaan Krisma ini dijalankan mengikut SOP yang ketat. Dalam homilinya, Bapa Uskup Agung menjelaskan mengapa Gereja meminta semua umatnya menerima Sakramen Krisma bahawa “selepas kita dibaptis, setiap kita telah menerima Roh Kudus”.

Roh Kudus memang telah diterima dalam pembaptisan yang memberi daya hidup ilahi dalam diri kita tetapi dalam Sakramen Penguatan, kehadiran Roh Kudus lebih dirasakan yang merupakan daya hidup Gereja.

“Menerima Sakramen Penguatan juga menandakan iman kita telah menjadi matang dan atas peneguhan Roh Kudus yang dikaruniakan dalam Sakramen Penguatan, kita mampu menjadi saksi Kristus walau di mana sahaja.”

Uskup Agung menambah bahawa setiap kita memerlukan Roh Kudus untuk mengenali diri sendiri dan melawan musuh yang tidak kelihatan, iaitu kuasa kegelapan.

Prelatus itu berharap, para krismawan, lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini, mampu menghidupi buah-buah Roh Kudus, menjadi saksi Kristus yang berani dalam perkataan dan perbuatan. — Averil Simon, CS

Total Comments:0

Name
Email
Comments