Kristian, Buddha harus kerjasama demi keamanan

Penganut Katolik dan Buddha membenci perang, tetapi peningkatan jumlah konflik bersenjata di dunia menunjukkan keperluan bagi penganut untuk mengambil langkah praktikal bagi mengatasi kebencian dan menggalakkan perdamaian, kata pegawai Vatikan Dikasteri untuk Dialog Antara Agama.

May 18, 2024

Seorang sami Buddha merayakan hari Wesak di Surabaya, Indonesia. Gambar: Media Vatikan.


VATIKAN: Penganut Katolik dan Buddha membenci perang, tetapi peningkatan jumlah konflik bersenjata di dunia menunjukkan keperluan bagi penganut untuk mengambil langkah praktikal bagi mengatasi kebencian dan menggalakkan perdamaian, kata pegawai Vatikan Dikasteri untuk Dialog Antara Agama.

Menulis kepada penganut Buddha di seluruh dunia yang bersiap sedia untuk merayakan Wesak, perayaan yang memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Buddha, Dewan Kepausan itu berkata, “Peningkatan konflik yang berterusan di seluruh dunia memerlukan perhatian serta kepekaan bagi menangani isu kritikal keamanan dan renungan kita sendiri: Bagaimana kita dapat membantu menghentikan peperangan ini?”

Pesan Hari Wesak ditandatangani oleh Kardinal Miguel Ángel Ayuso Guixot, prefek dikasteri, dan Msgr Indunil Janakaratne Kankanamalage, setiausaha, diterbitkan pada Mei 6.

Kebanyakan penganut Buddha akan menyambut Wesak pada Mei 22 tahun ini.

Pesan itu juga memetik kata-kata mendiang Uskup Agung Anglikan Afrika Selatan, Desmond Tutu, yang berkata, “Memaafkan dan berdamai bukan tentang berpura-pura bahawa perkara ini baik-baik sahaja. Ia tidak menutup mata kepada yang salah, perdamaian yang sebenar mendedahkan kengerian, penderitaan, kesakitan, kehinaan, kebenaran.”

Pada akhir pesan itu menekankan, “Ajaran agama Kristian dan Buddha menunjukkan bahawa apabila pengampunan diusahakan, hubungan yang terputus dipulihkan, mereka yang terasing akan diterima, di damaikan dan keharmonian dipulihkan.”

Dengan rekonsiliasi dan ketabahan luka masa lalu dapat diubati dan ikatan yang lebih kuat akan terjalin demi menghadapi cabaran hidup dengan tabah dan optimis. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments