Kritikan tidak membuatkan Gereja runtuh atau hilang

Di kebanyakan dunia sekular, kita hidup dalam iklim yang agak anti-gerejawi dan anti-klerus.

May 26, 2023


Di kebanyakan dunia sekular, kita hidup dalam iklim yang agak anti-gerejawi dan anti-klerus.

Membantai Gereja pada masa ini, sama ada gereja itu Roman Katolik, Protestan, atau Evangelikal dilihat agak bergaya atau mengikut trend.

Ini sering dilakukan atas nama berfikiran terbuka dan membuka fikiran dan meskipun kelihatan berat sebelah, tetapi secara intelektual, ia boleh diterima.

Katakan ada pihak yang menghina mana-mana kumpulan lain dalam masyarakat tetapi dalam versi gereja kita, kata-kata cemuhan itu tidak akan terjadi dalam gereja kita.

Jadi, apa tindakan yang betul? Walaupun mudah untuk tersinggung dalam hal ini, kita mesti berhati-hati agar tidak bertindak balas secara berlebihan kerana, sebagai gereja, secara asasnya, kita tidak perlu berasa terancam. Mengapa?

Pertama, kerana sejumlah kritikan ini baik dan membantu. Apabila kebenaran diberitahu, kita dapat mengetahui bahawa kita mempunyai beberapa kesalahan yang sangat nyata.

Kita disedarkan ateisme adalah parasit yang memakan agama yang buruk. Pengkritik kita akan menyebut atau menyerlahkan kesalahan kita tetapi kita boleh bersyukur kerana kesilapan kita ditunjukkan kepada kita – walaupun ia dinyatakan terlalu berlebihan. Kritikan terhadap gereja secara sihat memalukan kita tetapi mendorong kita untuk membersihkan atau membetulkan apa yang salah dengan lebih berani.

Selain itu, jika terlalu lama menikmati keadaan yang istimewa, ia tidak akan pernah menjadi perkara yang baik untuk gereja. Kita biasanya hidup lebih sihat sebagai orang Kristian pada masa yang istimewa atau selesa, meskipun ada perkara yang tidak menyenangkan.

Lagipun, terdapat beberapa perkara penting yang dipertaruhkan di sini.

Kita mesti berhati-hati untuk tidak bertindak balas secara berlebihan terhadap iklim anti-gereja sekarang kerana ini boleh membawa kepada sikap mempertahankan yang berlebihan dan meletakkan kita dalam kedudukan budaya tidak sihat vis-à-vis, dan itu bukan seperti yang dikehendaki oleh Injil.
Sebaliknya tugas kita adalah untuk menyerap kritikan ini, memang menyakitkan tetapi perlahan-lahan menunjukkan ketidakadilannya, dan menentang godaan untuk bertahan. Mengapa? Mengapa tidak agresif mempertahankan diri?

Kerana kita sudah cukup kuat, iman kita tidak mudah goyah kerana kritikan itu dan ini alasan yang sudah memadai. Kita boleh bersabar tanpa perlu menjadi ganas dan menafikan. Kritikan semasa terhadap gereja, tidak membuatkan gereja runtuh atau tidak lama lagi akan hilang.
Kita adalah penganut Kristian yang mempunyai umat dua setengah bilion di dunia, mempunyai tradisi berusia dua ribu tahun, mempunyai antara kita kitab suci yang diterima secara universal, doktrin dan penghalusannya selama dua ribu tahun, mempunyai institusi berabad-abad lamanya, tertanam dalam akar budaya dan teknologi Barat, mungkin merupakan kumpulan multinasional terbesar di dunia, dan bilangannya semakin meningkat di seluruh dunia.

Kita bukanlah rumput yang mudah digoyangkan oleh angin, yang lemah, kita bukannya kapal yang akan tenggelam. Kita adalah umat yang kuat stabil, diberkati oleh Tuhan, mempunyai seorang Penatua dalam budaya, dan kerana semua ini, kerana manfaat semua ini, ia mendorong kematangan dan pemahaman terhadap budaya kita.

Di luar itu, yang lebih penting, adalah hakikat bahawa kita mempunyai janji Kristus yang menyertai kita selama-lamanya dan realiti Kebangkitan-Nya yang memperkasakan kita.

Oleh itu, saya fikir adalah adil untuk mengatakan bahawa kita boleh menyerap sejumlah kritikan tanpa rasa takut kehilangan identiti kita.

Lebih penting lagi, jangan biarkan kritikan ini kita kehilangan pandangan, apa tugas utama kita di dunia ini?

Gereja wujud bukan untuk kepentingannya sendiri atau untuk memastikan kelangsungan hidup-nya sendiri, tetapi demi dunia. Kita dengan mudah lupa tentang ini dan kehilangan apa yang diminta oleh Injil. Sebagai contoh, bandingkan kedua-dua jawaban ini:

Dalam satu sidang akhbar, Kardinal Basil Hume pernah ditanya apa yang dianggapnya sebagai tugas utama yang dihadapi gereja hari ini.

Dia menjawabnya dengan tenang, “Perlu cuba menyelamatkan planet ini.” Bandingkan jawaban itu dengan kardinal lain, dalam temu bual radio baru-baru ini, ditanya soalan yang sama (Apakah tugas utama yang dihadapi oleh gereja hari ini?) dan menjawab, “Untuk mempertahankan iman.” Siapa yang betul?

Segala-galanya tentang Yesus menunjukkan bahawa pandangan Kardinal Basil Hume lebih dekat dengan Injil daripada yang lain. Apabila Yesus berkata, “Tubuh-Ku adalah makanan untuk kehidupan dunia”. Dia menegaskan dengan jelas bahawa tugas utama gereja bukan untuk mempertahankan dirinya, atau memastikan kesinambungannya, atau melindungi dirinya daripada dihancurkan oleh dunia.

Gereja wujud demi dunia, bukan demi kepentingannya sendiri. Itulah sebabnya kelahiran Yesus mempunyai simbolisme yang sangat kaya.

Sebaik sahaja Dia dilahirkan, Dia diletakkan di dalam palungan haiwan, tempat di mana haiwan datang untuk makan; dan ini adalah simbol Dia menyerahkan diri-Nya di atas meja Ekaristi, untuk disantap.

“Dimakan oleh dunia” adalah sebahagian besar apa yang dilakukan oleh Yesus, iaitu, dalam kelemahan-Nya sebagai bayi, keselamatan-Nya terancam tetapi mempercayakan seluruhnya pada orang-orang sekeliling-Nya tanpa melawan.

Di tengah-tengah Injil, terletak panggilan untuk mengambil risiko, tidak melawan dan menerima kritikan dengan aman: “Maafkan mereka, mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan!”
Gereja ini bertujuan untuk menyerahkan dirinya sebagai makanan untuk dunia. Seperti semua tubuh yang hidup, kadang-kadang diperlukan untuk melindungi dirinya sendiri — tetapi tidak pernah kehilangan alasannya untuk tetap berada di sini. — Hakcipta Terpelihara 1999-2023 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments