Kuasa Berita Baik Tuhan

Tetapi cabaran terbesar yang saya hadapi ialah menentang sikap malas dan bosan dalam diri saya yang cuba melemahkan semangat saya untuk menyertai kelas IKD.

Apr 17, 2014

Tidak ada halangan besar daripada keluarga mahupun rakan- rakan apabila saya mahu menjadi pengikut Kristus.

Tetapi cabaran terbesar yang saya hadapi ialah menentang sikap malas dan bosan dalam diri saya yang cuba melemahkan semangat saya untuk menyertai kelas IKD.

Adakalanya juga saya sibuk dengan tugas harian saya yang sentiasa membuatkan saya dilema, sama ada menghadiri kelas atau mendahulukan tugas-tugas peribadi.

Setelah setahun menyertai kelas IKD, kini saya benar-benar percaya bahawa Yesuslah Jalan Kebenaran Kehidupan. Tidak ada nabi atau dewa-dewi yang dapat menawarkan kehidupan kekal melainkan Yesus Kristus, Sang Penebus kita.

Saya seronok mengikuti kelas IKD kerana dapat mengenali rakan-rakan baru, mendengar perkongsian para pelajar lain dan guru pembimbing. — Sheron Ivana Peter

Total Comments:0

Name
Email
Comments