Kursus KEP-2 kembali Februari 2022

Kursus Evangelisasi Peribadi (KEP) pertama di Sabah telah tamat pada bulan November 2021.

Jan 21, 2022


KOTA KINABALU:
Kursus Evangelisasi Peribadi (KEP) pertama di Sabah telah tamat pada bulan November 2021.

KEP perdana itu telah melahirkan 55 orang lulusan yang menyertai kursus itu dalam talian.

Setelah dua bulan 'berehat' KEP-2 dibuka semula untuk semua umat Katolik tidak kira di mana anda berada.

KEP adalah kesempatan dan peluang terbaik bagi umat Katolik untuk mengenal dan menyedari tugas utamanya sebagai pengikut Kristus, iaitu mewartakan Khabar Baik dan menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari.

KEP-2 anjuran Komisi Kateketikal Keuskupan Agung Kota Kinabalu akan bermula secara online bermula Februari sehingga Jun 2022.

Kelas online akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Rabu pada jam 8.00-10.00 pm melalui aplikasi Zoom.

Kursus akan berjalan dengan kerjasama tenaga pengajar dari Keuskupan Melaka Johor dan Keuskupan Bogor, Indonesia.

Umat yang berminat untuk menyertai kursus ini dijemput untuk melengkapkan borang penyertaan di dalam link https://tinyurl.com/Daftar-KEP-2 sebelum atau pada 25 Januari 2022 (Selasa) dengan yuran penyertaan sebanyak RM100.

Melalui pengalaman 55 lulusan KEP-1, kini mereka lebih yakin dan berani untuk ikut mengambil bahagian dalam tugas dan panggilan Gereja dalam penginjilan, pengudusan dan pembaharuan tata dunia.

Total Comments:0

Name
Email
Comments