Kursus penyegaran semula para klerus alumni Kolej St Peter

Seramai 70 klerus dari seluruh Malaysia, yang merupakan alumni Kolej St Peter, telah berkumpul untuk kursus penyegaran semula pada September 4-7, 2023 di Kolej St Peter, Seminari Utama Kuching.

Sep 22, 2023

Para klerus alumni Seminari Tinggi Kolej St Peter berhimpun untuk Kursus Penyegaran Semula pada Sept 4-7, 2023.


KUCHING: Seramai 70 klerus dari seluruh Malaysia, yang merupakan alumni Kolej St Peter, telah berkumpul untuk kursus penyegaran semula pada September 4-7, 2023 di Kolej St Peter, Seminari Utama Kuching.

Penceramah jemputan untuk kursus ini ialah Fr Clarence Devadass, dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur, dan Dr Estela Padila, yang merupakan Setiausaha Eksekutif Pejabat Hal Ehwal Teologi bagi Federasi Konferensi para Uskup Asia (FABC). Kedua-dua penceramah ini berbicara tentang wacana teologi misalnya keperluan untuk mempunyai pendekatan Asia untuk melakukan teologi sebagai pelengkap pendekatan Barat. Seperti yang dinyatakan oleh beberapa peserta: “Kursus penyegaran ini menggalakkan kami untuk ‘menanggalkan kasut kami, dan berteologi dengan berkaki ayam, di tanah Asia ini!” Para peserta juga diberi penerangan tentang organisasi FABC, dan peranannya dalam menyokong pelbagai konferensi uskup di 28 negara di rantau Asia.

Sepanjang sesi, paderi dan uskup juga dibahagikan kepada kumpulan kecil di mana mereka berpeluang berkongsi visi mereka tentang gereja Malaysia. Dalam kumpulan, mereka juga berpeluang berkongsi pengalaman hidup mereka sendiri dalam bidang pastoral, serta memberikan pandangan mereka tentang cara sinodal menjadi sebuah Gereja.

Untuk mengakhiri kursus penyegaran semula itu, Uskup Agung Simon Poh memberi sesi mengenai isu penderaan seksual kanak-kanak bawah umur dan orang yang lemah. Sesi itu memberikan beberapa pandangan mengapa laporan kes penderaan yang agak rendah di Asia, serta beberapa garis panduan mengenai prosedur standard yang perlu diikuti, apabila menemui atau berhadapan kes sedemikian. Beliau menegaskan bahawa Gereja mesti kekal berwibawa dalam usaha memastikan persekitaran yang selamat untuk semua.

Di samping itu, Uskup Agung Simon juga bercakap tentang menjaga kesejahteraan kesihatan mental di kalangan paderi dan menyedari bahawa setakat ini, ini adalah isu yang terlepas pandang. -- Today’s Catholic

Total Comments:0

Name
Email
Comments