Kursus tahunan memantapkan pelayanan katekis

Pelayanan Kateketikal Keuskupan Agung Kuala Lumpur (KLACM) baru-baru ini menjadi tuan rumah untuk program tahunan Penabur Benih untuk Katekis. Kursus pensijilan asas ini, dengan kerjasama Universiti HELP, pada mulanya direka untuk katekis baharu tetapi kini juga dibuka kepada ahli katekis lama.

Mar 01, 2025


KUALA LUMPUR:
Pelayanan Kateketikal Keuskupan Agung Kuala Lumpur (KLACM) baru-baru ini menjadi tuan rumah untuk program tahunan Penabur Benih untuk Katekis. Kursus pensijilan asas ini, dengan kerjasama Universiti HELP, pada mulanya direka untuk katekis baharu tetapi kini juga dibuka kepada ahli katekis lama.

Kursus ini menyajikan tiga objektif utama: untuk memberi inspirasi kepada para peserta agar memahami panggilan dan misi katekis, untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran penting bagi merancang pembelajaran kateketikal yang berkesan, dan untuk memupuk semangat komuniti dengan menyediakan peluang untuk berhubung dengan para katekis dari pelbagai paroki.

Pada tahun ini, kursus dikendalikan oleh Dr Steven Selvaraju, pengarah Pusat Kateketikal Keuskupan Agung KL pada Februari 8-9 lalu dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Tamil dan Mandarin.

Seramai 72 peserta menghadiri kursus yang meliputi topik seperti misi katekis, proses kateketikal, pemahaman pelajar dan pem-belajaran, perancangan pelajaran, kerohanian katekis dan renungan.

Acara ini bermula dengan ucapan daripada Dr Steven kemudian para peserta mengikuti kursus mengikuti bahasa masing- masing.

Antara topik yang disampaikan, “Panggilan dan Misi Katekis” menyentuh tentang cabaran menyampaikan iman kepada dunia yang selalu berubah dan bagaimana mereka dapat menghadapi pelbagai cabaran tersebut. Sesi kedua mengenai proses kateketikal pula adalah pengenalan tentang ‘bagaimana’ menjadi seorang katekis, berakar pada prinsip pedagogi Ilahi, atau bagaimana Tuhan mengajar umat -Nya.

Peserta juga diperkenalkan kepada Siri Katetikal Malaysia dan bagaimana setiap topik dalam siri itu berdasarkan prinsipprinsip katekesis yang sama serta peranan mereka dalam membawa setiap pelajaran kepada kehidupan dengan bimbingan Roh Kudus dan dengan Yesus sebagai model peranan mereka.

Total Comments:0

Name
Email
Comments