Latihan rohani melalui bengkel pembuatan sabun
Seramai 25 orang ahli Persatuan Mahasiswa Katolik Universiti Sains Malaysia (CUS USM) telah berkolaborasi dengan Kerasulan Bahasa dan CARITAS Risen Christ dalam sebuah bengkel unik iaitu bengkel pembuatan sabun.
Feb 14, 2025

PULAU PINANG: Seramai 25 orang ahli Persatuan Mahasiswa Katolik Universiti Sains Malaysia (CUS USM) telah berkolaborasi dengan Kerasulan Bahasa dan CARITAS Risen Christ dalam sebuah bengkel unik iaitu bengkel pembuatan sabun.
Bengkel itu bertujuan untuk menghasilkan sabun herba dan antibakteria untuk tahanan di Keuskupan Pulau Pinang dan sepanjang proses pembuatan sabun itu, para mahasiswa dapat merenung perjalanan rohani serta hubungan mereka dengan Tuhan.
Dengan sokongan paderi paroki, Friar Esmond Chua, OFM dan Sdri Stephanie Cheong dari Caritas Risen Christ, para peserta diingatkan bahawa setiap tindakan, tidak kira sekecil mana pun, boleh menjadi tanda kasih dan harapan kepada orang lain. Sabun yang dihasilkan oleh para mahasiswa, bukan sekadar objek fizikal melainkan menyampaikan makna tersirat yang lebih dalam iaitu anugerah kasih sayang, perhatian dan keinginan untuk menyokong tahanan untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Bengkel yang lebih daripada sekadar projek khidmat masyarakat itu menjadi latihan spiritual yang dapat memperdalamkan pemahaman pelajar tentang kasih Tuhan.
Mereka juga diingatkan bahawa usaha mereka dalam proses pembuatan sabun ini menjadi salah satu cara untuk menawarkan ekspresi solidariti dan belas kasihan yang nyata.
Bengkel membuat sabun itu pasti meninggalkan indah dan tidak akan dilupakan bagi semua yang terlibat. Sebanyak 1,000 buku sabun telah dihasilkan dan akan diberikan kepada pihak penjara di Keuskupan Pulau Pinang pada musim Paskah kelak. Jaden
Total Comments:0