Lima paroki ziarah di Keuskupan Kota Kinabalu sepanjang 2025

Keuskupan Agung Kota Kinabalu (KK) akan memulakan Tahun Jubli Harapan 2025 pada Disember 29, 2024, dengan perayaan Ekaristi di Katedral Sacred Heart, pukul 5.00 petang.

Dec 14, 2024


KOTA KINABALU: Keuskupan Agung Kota Kinabalu (KK) akan memulakan Tahun Jubli Harapan 2025 pada Disember 29, 2024, dengan perayaan Ekaristi di Katedral Sacred Heart, pukul 5.00 petang.

Dalam makluman rasmi yang disampaikan pada Disember 4, 2024, Keuskupan Agung KK telah menetapkan lima paroki sebagai tapak ziarah iaitu Gereja St Michael Penampang; Gereja Holy Rosary, Limbahau; Gereja St Peter Kudat, Gereja St Peter Claver, Ranau dan Katedral Sacred Heart.

Di antara lima paroki ziarah itu, Katedral Sacred Heart ditetapkan untuk membuka ‘Pintu Harapan’ iaitu pintu masuk katedral tersebut.

Setiap paroki ziarah diberi warna mengikut warna yang ditunjukkan dalam logo rasmi Jubli Harapan 2025.

Untuk Gereja Holy Rosary, warna yang ditetapkan adalah merah, biru untuk St Michael, Penampang, kuning untuk St Peter Claver Ranau, hijau untuk St Peter, Kudat dan warna perak untuk Katedral Sacred Heart.

Setiap paroki ziarah juga akan menyampaikan salah satu dari aspek Perhimpunan Pastoral Malaysia 2026 iaitu Ekologi, Sosial, Keluarga dan Gereja.

Sebagai kandungan katekesis untuk penziarah, pusat ziarah Holy Rosary Limbahau akan menyampaikan topik “Ekologi”, St Michael memberi tumpuan kepada “Sosial”, St Peter Claver, Ranau berbicara tentang “Keluarga” dan Gereja St Peter, Kudat memberi tumpuan kepada isu “Gereja”.

Bagi penziarah pula, mereka akan diberikan “pas ziarah” di mana mereka mendapat cop daripada setiap paroki ziarah yang dilawati.

Bagi merayakan tahun Jubli Harapan, Keuskupan Agung KK memaklumkan akan ada rantai kunci dan pelekat kereta disediakan untuk penziarah.

Berikut merupakan program di paroki ziarah: berjalan kaki, para-liturgi (pentakhtaan Alkitab), sejarah ringkas paroki, katekesis berdasarkan empat isu utama: Ekologi, Gereja, Keluarga, Sosial, Perbualan Rohani berdasarkan katekesis dikuti dengan Misa. Walau bagaimanapun, setiap paroki ziarah bebas untuk menambah aktiviti lain yang sesuai.

Untuk maklumat lanjut dan pengaturan untuk lawatan ziarah ke Gereja yang ditetapkan, umat Katolik dinasihatkan untuk menghubungi paderi paroki masing-masing. --Sumber Catholic Sabah

Total Comments:0

Name
Email
Comments