Lima pertandingan di CCCTC tingkatkan sumbangan untuk liturgi Gereja

Buat julung kalinya, Gereja Chapel Corpus Christi Terendak Camp (CCCTC) telah mengadakan pertandingan sempena sambutan Perayaan Corpus Christi Tahun 2022.

Aug 05, 2022


MELAKA: Buat julung kalinya, Gereja Chapel Corpus Christi Terendak Camp (CCCTC) telah mengadakan pertandingan sempena sambutan Perayaan Corpus Christi Tahun 2022.

Pelbagai pertandingan telah dilaksanakan antaranya adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang berumur lima hingga tujuh tahun, Menghafal Doa bagi kanak-kanak berumur lapan hingga sembilan tahun, Bercerita Alkitab bagi kanak-kanak berusia 10-12 tahun dan Nyanyian Mazmur yang terbuka kepada semua yang berumur 13 tahun ke atas.
Bagi umat yang berminat, mereka ditawarkan untuk menyertai pertandingan Band Kumpulan Rohani.

Pertandingan ini bertujuan sebagai pendedahan bagi mencungkil bakat-bakat umat CCCTC untuk diserapkan ke dalam pelayanan Gereja.

Selain itu, ia juga memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang komprehensif kerana pertandingan ini melibatkan semua umat seperti ibu bapa, kanak-kanak dan belia.

Pertandingan Mewarna, Menghafal Doa dan Bercerita Alkitab telah dipertandingkan pada 2 Julai 2022 manakala pertandingan Nyanyian Mazmur dan Band Kumpulan Rohani diadakan pada 17 Julai selepas Misa Kudus.

Sokongan padu dan kerjasama yang erat di kalangan klerus, para religius dan ahli jawatan kuasa sangat membanggakan.

Pertandingan-pertandingan pelbagai peringkat usia ini, selain mencungkil bakat, ia juga sebagai menghargai kekayaan dan pelbagai karunia dan karisma yang diberikan oleh Roh Kudus demi pelayanan misi yang berterusan. — Tim Penganjur CCCTC

Total Comments:0

Name
Email
Comments