Luaskan minda, keluarlah dari perasaan cemburu

Pada awal halaman Kitab Suci, kita akan membaca beberapa siri cerita yang menghuraikan keadaan manusia dan sebab-sebab mengapa peristiwa itu berlaku.

May 15, 2014

Pada awal halaman Kitab Suci, kita akan membaca beberapa siri cerita yang menghuraikan keadaan manusia dan sebab-sebab mengapa peristiwa itu berlaku.

Cerita yang kita biasa dengar ialah kisah Adam dan Hawa yang memakan buah terlarang iaitu kisah yang kita gelar sebagai cerita asalusul “dosa asal.” Namun beberapa kisah selepas itu agak kurang dikenali tetapi tidak kurang pentingnya. Salah satu kisah tersebut ialah mengenai Kain dan Habel. Mereka merupakan anak-anak pertama Adam dan Hawa. Mungkin kisah ini dapat diceritakan kembali seperti berikut: Suatu ketika dahulu, sepasang anak kembar telah dilahirkan.

Anak pertama bernama Habel. Bayi itu membesar sebagai kanakkanak yang suka tersenyum, sihat tubuh badan dan mempunyai perwatakan menarik. Dia mempunyai bakat semulajadi dan pintar, apa sahaja yang dilakukannya pasti menggembirakan hati ibu bapa serta guru-gurunyanya. Di sekolah, prestasi pelajarannya amat bagus, aktif di dalam olahraga, begitu juga di dalam bidang muzik dan mudah berkawan. Semua perkara seperti mudah baginya.

Dia terkenal dan berbakat sebagai pemimpin yang semulajadi, terpilih menjadi presiden kelas malah Habel juga memenangi biasiswa untuk menyambung pelajarannya di sebuah universiti terkenal, menamatkan pengajiannya dengan keputusan cemerlang, kemudian berkahwin dengan seorang wanita yang amat padan dengan kekacakan serta perwatakannya, menjawat jawatan bergaji besar, beberapa kali dinaikkan pangkat serta memenangi anugerah “Man of the Year” kerana kerja-kerja kebajikan dan terkenal dengan sifat dermawannya.

Oleh itu, dia menjadi orang yang amat disegani dan dikasihi di dalam komuniti. Sesungguhnya setiap perkara yang dilakukannya amat diberkati oleh Tuhan! Anak kedua dinamakan Kain dan anda merupakan anak itu. Anda lahir dengan tangis, tubuh badan yang kurang menarik dan tidak tahu berdikari. Semasa bayi, selalu menderita sakit kembung perut, ruam panas serta anda bukanlah anak kesayangan ibu.

Semua perkara terlalu susah bagi anda, sama ada di sekolah mahupun bidang sukan, muzik atau mencari kawan. Selalu dipilih dan dibuli di taman permainan, keputusan peperiksaan yang sentiasa teruk tetapi anda berjaya juga menamatkan pelajaran meskipun selalu berada di tangga terbawah di sekolah. Tidak ada satu pun perkara yang anda lakukan menggembirakan hati sesiapa terutama ibu bapa dan guru-guru. Pasangan hidup yang anda impikan tidak pernah muncul, hidup perkahwinan anda tidak gembira sebaliknya semakin dingin. Anda tidak menerima sebarang kenaikan pangkat apatah lagi anugerah “Man of the Year.”

Kelihatannya, apa sahaja yang anda lakukan tidak diperkenankan oleh Tuhan. Perlahan-lahan rasa marah dan kecewa ini mulai memenuhi ruang hati anda terutama apabila anda melihat hidup kembar anda Habel, yang kelihatan begitu mudah dan cemerlang.

“Sebelum tembakan dilakukan, ia bermula dengan kata-kata dan katakata itu tidak akan dinyatakan tanpa wujudnya perasaan untuk membunuh.” Perasaan membunuh Habel mulai muncul di dalam fikiran anda: “Dia fikir dia tu siapa? Dia fikir dirinya sangat berbakat dan bijak! Dia fikir dia lahir dalam serba kemewahan? Dia tidak layak untuk semua itu! Dia hipokrit, menunjuk-nunjuk, penipu, hidup yang penuh dengan angan-angan! Dia langsung tidak memahami hidup! Sungguh tidak adil! Saya benci dia!”

Dengan pemikiran seperti itu sudah pasti kita akan membunuh orang lain sama seperti Kain membunuh Habel. Kita terlalu cemburu dengan orang yang berkeadaan seperti Habel. Seperti pada zaman itu, di mana Kain melihat tangannya yang penuh dengan darah abangnya yang dibunuh, pada masa sekarang ini kita melihat dengan mata dan mendengar suara hati kita seperti Kain yang cemburu. Rasa iri hati ini membunuh orang lain, akibatnya apabila orang lain menghidupkan rasa cemburu ini di dalam diri kita, mereka akan menjauhkan diri serta meninggalkan kita.

Ini menjadikan batin kita berasa lebih sepi dan dari segi luaran kita menjadi membenci, cemburu, lebih sinis, lebih sunyi dengan kemarahan yang meluap-luap. Namun, inilah keadaan manusia. Semua kita menderita “penyakit psikologi Kain” kecualilah kita begitu istimewa dan diberkati.

Kita mempunyai beberapa sifat cemburu dan kemarahan Kain serta perasaan ingin membunuh di dalam hati kita. Seperti Kain, kita juga telah membunuh ramai orang dengan pemikiran yang cemburu dan marah.

Tetapi, jika kita menyedari keadaan tersebut kita harus bertaubat bukannya berasa putus asa. Perkataan pertama Yesus di dalam Injil ialah “Bertaubatlah dan percayalah kepada Khabar Gembira!” Terjemahan Inggeris tidak dapat menerangkan ajakan Yesus ini dengan lebih tepat. Kata yang Yesus gunakan untuk “pertaubatan” (repent) ialah metanoia di dalam bahasa Yunani. Makna harfiahnya ialah: meta (jauh lebih tinggi ) dan nous (pemikiran). Yesus mengajak kita untuk “meluaskan” minda dan hati serta keluar daripada perasaan cemburu dan marah. Kata lawan atau antonim bagi kata metanonia ialah paranoia (penyakit mental atau psikolgi).

Untuk menjalani hidup metanoia kita harus berani mengasihi, mengampuni dan bertaubat. Maka, ajakan Yesus yang terutama boleh diterjemahkan sebagai: Janganlah menjadi paranoia dan percayalah kepada Khabar Gembira! Namun, ini tidaklah mudah untuk dilakukan. Satu-satunya cabaran hebat moral dan akal fikiran kita ialah untuk melepaskan rasa tidak percaya, kelukaan hati, kemarahan dan perasaan bahawa hidup ini tidak adil.

Pada akhirnya bukan seksualiti, ketamakan, tidak adil, kurang berdoa dan tidak beriman yang menghalang kita daripada Tuhan dan komuniti. Penghalang sebenar kita untuk memasuki kerajaan Tuhan ialah penyakit paranoia, kemarahan, ketidakpercayaan iaitu “penyakit mental Kain” di dalam diri kita. Mungkin ada panggilan yang amat penting di dalam hidup kita di sebalik rasa kelam akibat ketidakpercayaan dan memisahkan ini: Berserulah untuk meminta bantuan! -- Hakcipta Terpelihara 1999-2014 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments