Majlis makan malam tahunan eratkan persatuan mahasiswa Katolik

Majlis Makan Malam Penghargaan tahunan Pelajar Kampus Katolik Melaka Johor (MJCC) telah diadakan pada Mei 3 di Hotel Goodhope, menghimpunkan tetamu daripada Catholic Students’ Societies (CSS) dan Christian Fellowships (CF).

May 31, 2024

JOHOR:

Meraikan kemajmukan dan keterangkuman, Majlis Makan Malam MJCC mengalu-alukan pelajar daripada pelbagai latar belakang, terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Uskup Bernard Paul, yang memberi refleksi dua perjalanan yang diharungi oleh pelajar kampus iaitu perjalanan akademik dan perjalanan iman sebagai seorang belia Katolik.

Selepas ucapan Uskup Bernard, Daryl Tan mewakili MJD, dan wakil graduan senior, Ignatius (CSS BASIC), berkongsi tentang betapa bersyukurnya mereka berada dalam komuniti Katolik.

Kemuncak majlis ialah penyampaian sijil penghargaan kepada para senior yang menamatkan pengajian dan para komiti di atas sumbangan hebat mereka dalam CSS dan CF di Keuskupan Melaka-Johor.

Total Comments:0

Name
Email
Comments