Melihat kembali didikan awal rohani kita

Dalam petikan yang sangat menyentuh dalam puisinya, The Leaf and the Cloud, Mary Oliver menggambarkan dirinya berdiri di kubur ibu dan bapanya, merenung kehidupan ibu bapanya semasa mereka hidup. Ibu bapanya memang jauh dari sempurna dan dia tidak menutupi kekurangan mereka.

Aug 12, 2022


Dalam petikan yang sangat menyentuh dalam puisinya, The Leaf and the Cloud, Mary Oliver menggambarkan dirinya berdiri di kubur ibu dan bapanya, merenung kehidupan ibu bapanya semasa mereka hidup. Ibu bapanya memang jauh dari sempurna dan dia tidak menutupi kekurangan mereka.

Secara terbuka, Mary menyatakan keberatan jiwa ibunya dan iman ayahnya yang tidak matang. Dia tahu bahawa banyak kelemahan dan kekurangan dalam dirinya adalah kerana didikan awal ibu bapanya.

Walau bagaimanapun, dia tidak melawat kubur mereka untuk menyalahkan mereka. Dia ada di sana untuk mencium mereka dengan tulus, menerima dengan damai kekurangan dan pengaruh ibu bapanya terhadap dirinya.

Dia berterima kasih kepada mereka untuk segala-galanya, yang baik dan yang buruk, mendoakan kesejahteraan mereka di alam yang lain dan kemudian berkata, “Tetapi saya akan sedaya upaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Saya juga tidak menyalahkan mereka atas apa yang terjadi pada hidup saya.”

Kita semua mungkin mahu melakukan kaedah seperti Mary, bagi meneliti semula didikan awal kerohanian kita. Ia adalah kaedah yang menarik.

Malangnya, ramai di antara kita tidak pernah tinggal lama ‘di kubur’, seperti Mary bagi benar- benar menghayati perkara-perkara yang membawa berkat dan yang melukakan kita, lebih-lebih lagi pada ketika menghadapi beberapa orang yang mungkin melukakan hati kita, yang keliru, yang diperkenalkan oleh Tuhan kepada kita.

Pada hari ini, sudah menjadi perkara biasa bagi orang yang mengimbas didikan awal agama mereka, secara negatif proses awal kerohanian mereka. Memang ramai yang mengatakan, mereka sedang dalam “proses pemulihan” tetapi sering menyalahkan setiap jenis ketidakbahagiaan dan neurosis dalam kehidupan yang berpunca pada pendidikan awal kerohanian mereka.

Sesungguhnya, sebahagian daripada ini adalah benar, latihan agama awal memang meninggalkan kesan kekal kepada kita.

Walau bagaimanapun, kita harus berterima kasih dan berhutang kepada diri kita sendiri, ibu bapa kita, guru awal kita, serta harus jujur untuk menyelesaikan perkara positif dan negatif latar belakang kepercayaan awal kita dan, seperti Mary Oliver, berdamai dengannya, walaupun kita tidak dapat memberikannya dakapan damai sepenuhnya.

Bagaimana pula dengan kisah peribadi saya sendiri? Bagi saya, kesedaran dan pemahaman akan Tuhan dan gereja adalah berkait rapat.
Semasa saya masih kecil, Roman Katolik adalah agama yang dianuti dengan taat. Dan ini adalah Roman Katolik sebelum Vatikan II, agama Katolik yang mempunyai positif dan negatifnya.

Kerohanian zaman kanak-kanak saya adalah salah satu kebenaran mutlak, peraturan yang tidak boleh dilanggar, tuntutan yang kuat, bersifat perkauman dan hanya menerima lingkungan kecil.

Bagi kami, inilah agama yang paling benar. Kami amat percaya, setiap tindakan diawasi dengan teliti oleh Tuhan, tidak boleh melakukan kesilapan, mengutamakan perintah keenam berbanding perintah yang lain, menggunakan rasa malu sebagai senjata, dan kebanyakan masa, mengerutkan kening.

Tetapi, tidak semua ini berlaku semasa saya masih kecil. Keluarga, komuniti dan gereja tempat saya dibaptis, menerima pelbagai kaum yang pasti akan sangat dicemburui oleh masyarakat hari ini.

Anda benar-benar adalah sebahagian daripada badan, keluarga dan komuniti yang menjelmakan rasa transendensi, yang menjadikan iman adalah sesuatu yang semula jadi, dan komuniti adalah sebahagian daripada identiti anda.
Didikan agama awal saya memberitahu saya bahawa saya adalah anak Tuhan, makhluk yang mempunyai tanggungjawab moral terhadap sesama dan Tuhan.

Melalui didikan awal agama, anda juga tahu perkara paling penting serta tahu, anda tidak boleh mencemarkan maruah orang lain dan harus bertanggungjawab moral.

Lagipun, entiti yang jahat boleh diusir dan kebanyakannya terkubur semasa saya menerima katekesis semasa kanak-kanak. Kuasa jahat itu diusir secara perlahan-lahan selama bertahun-tahun.

Bagaimana? Melalui banyak perkara: bertahun-tahun belajar dan mengajar teologi, membaca kesusasteraan yang baik, mempunyai pembimbing rohani yang baik, melihat perkembangan dan kegembiraan di kalangan wanita dan lelaki beriman, bertahan dengan teguh dalam percubaan dan (meskipun masih jauh dari sempurna) setia kepada doa, Ekaristi, dan komuniti gereja selama tujuh dekad ini dan sudah semestinya, kuasa jahat itu hilang kerana berkat Tuhan.

Hari ini saya mengimbas kembali latihan kerohanian zaman kanak-kanak saya di mana yang negatif dikalahkan oleh yang positif.

Saya bersyukur untuk itu semua, walaupun pada mulanya berasa kaku, malu, agak memihak kepada kaum sendiri, takut dan curiga kepada Tuhan, kerana semua ini telah memberikan saya akar yang kuat dalam iman dan mengajar saya untuk melihat apa yang utama.

Sesungguhnya, ketegaran, ketakutan, perkauman dan sikap berhati-hati yang berlebihan bukanlah tempat yang buruk untuk bermula kerana selepas bebas dari cengkaman itu, anda pasti bebas sepanjang hayat anda. Dan ini memerlukan usaha dan ketabahan kerana ganjaran besar akan menunggu anda! — Hakcipta Terpelihara 1999-2022@Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments