Membawa Khabar Gembira untuk komuniti Orang Asli
Komiti Pembangunan Manusia Gereja St Francis of Assisi (SFA) membawa kegembiraan dalam kalangan komuniti Orang Asli melalui Misi Krismas 2024 di Kg Belihoi, Mantin, Negeri Sembilan.
Jan 11, 2025
CHERAS: Komiti Pembangunan Manusia Gereja St Francis of Assisi (SFA) membawa kegembiraan dalam kalangan komuniti Orang Asli melalui Misi Krismas 2024 di Kg Belihoi, Mantin, Negeri Sembilan.
Acara yang bertujuan untuk menyebarkan sukacita dan harapan Krismas kepada masyarakat Orang Asli tersebut, diisi dengan aktiviti bermakna, mengakrabkan persaudaraan dan perpaduan.
Majlis itu dimulakan dengan Misa yang dipimpin oleh Fr Christopher Soosaipillai. Fr Chris mengingatkan hadirin tentang intipati sebenar Krismas — kelahiran Yesus Kristus — dan panggilan untuk berkongsi kasih Tuhan dengan orang lain.
Selepas Misa, komuniti Orang Asli, bersama-sama sukarelawan Gereja, mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti permainan kanak-kanak dan nyanyian kumpulan belia SFA telah memeriahkan suasana.
Majlis itu diakhiri dengan doa penutup. Sukarelawan dan komuniti Orang Asli kemudiannya sama-sama membersihkan tempat.
Total Comments:0