Memperkasa kanak-kanak Orang Asli menjadi misionari
Seramai 55 Orang Asli yang kebanyakannya kanak-kanak, hadir di Gereja Bonda Maria Kg Chang yang terletak kirakira lima kilometer dari pekan Bidor untuk sesi doa, baru-baru ini .
Sep 28, 2024
BIDOR: Seramai 55 Orang Asli yang kebanyakannya kanak-kanak, hadir di Gereja Bonda Maria Kg Chang yang terletak kirakira lima kilometer dari pekan Bidor untuk sesi doa, baru-baru ini .
Program ini dianjurkan oleh Chapel St Joseph dengan kerjasama sekumpulan Katolik dari Kuala Lumpur.
Acara dimulakan dengan sesi doa dalam bahasa Malaysia yang diketuai oleh pemimpin awam Katolik Orang Asli.
Selepas itu, kumpulan dari Kuala Lumpur menyampaikan renungan tentang Markus 16:15, di mana Yesus memberi perutusan kepada para murid-Nya untuk “pergi ke seluruh dunia dan memberitakan Injil kepada seluruh ciptaan.”
Pesan itu memberi inspirasi kepada Orang Asli yang hadir untuk melaksanakan peranan mereka sebagai misionari, menggalakkan mereka untuk menjalani iman Kristian mereka setiap hari, tekun berdoa dan berkongsi ajaran Yesus dengan keluarga dan jiran mereka.
Para peserta juga terlibat dalam pelbagai permainan indoor yang menyeronokkan.
Orang Asli, termasuk pelawat, bermain permainan “tiup belon” dan “menghantar bola”, manakala kanak-kanak menyertai pertandingan melukis.
Selain permainan dan aktiviti, 20 keluarga Orang Asli telah menerima paket cenderahati yang mengandungi tuala mandi, bantal, biskut, makanan ringan, susu, alatalat kebersihan diri dan sebagainya.
Alice Jabaimalar, seorang pemimpin awam dari Chapel Bidor berharap pelawat dari Kuala Lumpur, mendapat pengalaman menarik dengan Orang Asli.
Beliau menekankan kepentingan untuk mendekati golongan terpinggir dan menyeru umat Katolik untuk menghulurkan sokongan dan kasih sayang mereka kepada mereka yang memerlukan. Pelawat dari Kuala Lumpur juga sempat melawat lima buah rumah usang bukan Katolik di kampung tersebut dan menyerahkan cenderahati kepada penghuni rumah usang tersebut.
Total Comments:0