Memperkasa kesucian hidup keluarga dengan meneladani Sto Joseph

Tahun Santo Joseph telah diwartakan oleh Sri Paus Fransiskus dari 8 Disember 2020 hingga 8 Disember 2021 untuk merayakan ulang tahun ke-150 pengiktirafan Sto Joseph sebagai Penaung Para Orang Kudus bagi Gereja Universal.

Mar 20, 2021

KUCHING: Tahun Santo Joseph telah diwartakan oleh Sri Paus Fransiskus dari 8 Disember 2020 hingga 8 Disember 2021 untuk merayakan ulang tahun ke-150 pengiktirafan Sto Joseph sebagai Penaung Para Orang Kudus bagi Gereja Universal.

Paroki Katedral St Joseph telah menyusun senarai aktiviti, tema bulanan and devosi untuk merayakan Tahun Santo Joseph yang sejajar dengan satu daripada nilainilai teras Kenyataan Misi paroki iaitu “Memastikan kesucian hidup kekeluargaan”.

"Memastikan Keucian Hidup Kekeluargaan" merupakan salah satu daripada lima nilai teras Kenyataan Misi Paroki Katedral St Joseph.

"Keluarga adalah unit asas yang terpenting dalam sesebuah masyarakat. Untuk memastikan sesebuah masyarakat itu berjaya, keluarga mesti berjaya.

"Agar keluarga berjaya, adalah penting bahawa struktur keluarga yang terdiri daripada seorang  bapa, seorang ibu dan anak-anak harus dijaga utuh supaya nilai kekeluargaan yang sihat and baik dapat berkembang maju.

"Dengan pelbagai faktor yang cuba untuk memecah-belahkan keluarga, usaha untuk melahirkan sebuah keluarga yang stabil pada  masa sekarang semestinya sangat mencabar.

"Walaubagaimanpun, kita boleh mencontohi Keluarga Kudus dengan Santo Joseph sebagai ketua keluarga yang sempurna dalam memastikan kesucian hidup kekeluargaan kita."

Triduum untuk perayaan Hari Santo Joseph ini diraikan dengan perayaan Ekaristi pada 17 Mac oleh Fr Galvin, 18 Mac oleh Fr Benard dan 19 Mac dipimpin oleh Uskup Agung Simon Poh.

Perayaan-perayaan Misa ini turut disiarkan melalui laman web  www.stjosephkuching.org dan aplikasi Facebook www.facebook. com/stjosephskuching.

Sempena Hari Sto Joseph ini juga, Katedral turut memperingati Ulang Tahun Pengabdian Katedral St. Joseph ke-52, Kuching.

Sri Paus Fransiskus mengisytiharkan Tahun Santo Joseph yang  bertujuan untuk mendorong umat beriman agar mengikuti teladan santo itu sehingga mereka dapat memperkuat “kehidupan iman mereka setiap hari sepenuhnya dalam kehendak Tuhan.”

Sri Paus juga mengeluarkan surat apostolik yang didedikasikan untuk ayah angkat Yesus itu.

Dalam surat berjudul “Patris corde” atau “Dengan Hati Seorang Ayah,” Sri Paus Fransiskus menulis tentang Sto Joseph berlatar belakang pandemik Covid-19, yang, katanya, Sto Joseph telah membantu kita melihat dengan lebih jelas pentingnya seseorang yang biasa-biasa sahaja tetapi amat sabar dan menawarkan harapan setiap hari.

Total Comments:0

Name
Email
Comments