Menang meskipun tanpa senjata

Selepas penahanan pertamanya, aktivis keamanan Daniel Berrigan bersembunyi.

Aug 05, 2022


Selepas penahanan pertamanya, aktivis keamanan Daniel Berrigan bersembunyi. Setelah empat bulan, akhirnya dia ditangkap, tetapi selama berbulan ditahan di bawah tanah, walaupun tidak mengancam sesiapa, dia dimasukkan ke dalam senarai Sepuluh Paling Dikehendaki FBI.

Terdapat ironi di sini yang tidak disedari. Seseorang meletakkan posternya dengan kapsyen ini: Dikehendaki – Pencemar roti dan wain yang terkenal. Pengganggu peperangan dan pembakar kertas feloni yang jahat! Pelarian itu telah diketahui membawa Perjanjian Baru dan harus didekati dengan sangat berhati-hati. Tidak bersenjata dan berbahaya.

Tidak bersenjata dan berbahaya! Walaupun kedengaran tidak enak, ia menyatakan ancaman sebenar kepada ketidakadilan, keganasan dan peperangan. Melucutkan senjata adalah berbahaya. Seseorang yang benar-benar tidak bersenjata akhirnya adalah orang yang menimbulkan bahaya terbesar kepada kekacauan, maksiat, dan keganasan.

Keganasan boleh mengatasi keganasan, tetapi keganasan juga boleh dikalahkan dengan bukan keganasan. Berikut ialah beberapa contoh.

Dalam generasi kita sendiri, kita mempunyai contoh Christian de Cherge, salah seorang tujuh biawaran Cistercian yang diculik dan kemudiannya dibunuh oleh pelampau Islam di Algeria pada tahun 1996. Perjalanannya, dan para biarawan lain yang mati bersamanya, ditulis dan dikisahkan dalam beberapa buku (termasuk beberapa surat dan diarinya sendiri) dan dalam filem Of Gods and Men yang memenangi anugerah.

Tujuh orang biarawan ini hidup dalam komuniti kecil di sebuah perkampungan Muslim terpencil di Algeria Utara. Baik komuniti Kristian dan komuniti Muslim, mereka sangat menyayangi para biarawan ini. Sebagai warga Perancis dan menikmati rasa selamat, kehadiran para biarawan itu juga secara tidak langsung membentuk sebuah perlindungan tertentu bagi penduduk kampung iaitu perlindungan dari pengganas Islam. Malangnya, keadaan ini tidak berpanjangan.

Pada Malam Krismas, 1995, mereka menerima kunjungan pertama daripada pengganas dengan memberi amaran keras agar mereka meninggalkan tempat itu sebelum mereka menjadi mangsa,
Kedua-dua kerajaan Perancis dan Algeria menawarkan perlindungan bersenjata kepada mereka. Para biarawan itu, menolak perlindungan bersenjata. Sebaliknya, berdoa begini: Dalam menghadapi keganasan ini, lucutkanlah senjata kami, Tuhan. Ini adalah sahutan mereka terhadap ancaman itu iaitu pelucutan senjata sepenuhnya.

Akhirnya, seluruh masyarakat juga menyertai para biarawan itu untuk tidak menggunakan senjata.

Enam bulan kemudian mereka diculik dan dibunuh, tetapi kemenangan tetap berpihak kepada mereka.

Kesetiaan mereka adalah kesaksian dan hadiah tunggal yang paling berkuasa, yang boleh mereka berikan kepada penduduk kampung yang miskin dan lemah, yang mereka cuba lindungi, dan melalui kesaksian moral mereka kepada dunia, ia akan memupuk generasi yang akan datang untuk lebih bersatu, lebih bertahan lama berbanding keganasan.

Christian de Cherge dan komunitinya tidak bersenjata, menolak perlindungan bersenjata tetapi dilihat sebagai berbahaya.

Terdapat banyak contoh serupa orang lain yang telah melucutkan senjata dan berhadapan dengan bahaya. Rosa Parks, yang melucutkan senjata dan kelihatan tidak berdaya menentang undang-undang perkauman pada masa itu, adalah salah seorang tokoh penting dalam menamatkan diskriminasi kaum di Amerika Syarikat, seperti juga Martin Luther King.

Berikut merupakan senarai orang yang memilih untuk menolak perlindungan bersenjata yang tidak berkesudahan: Mahatma Gandhi, Thomas Merton, Dorothy Day, Desmond Tutu, Oscar Romero, Franz Jagerstatter, Dorothy Stang, Daniel Berrigan, Elizabeth McAlister, Michael Rodrigo, Stan Rother, dan Jim Wallis. Dan sudah tentu, Yesus.

Yesus tidak bersenjata tetapi dilihat sangat berbahaya sehingga pihak berkuasa pada zamannya mahu membunuh-Nya. Undang-undang tanpa kekerasan merupakan ancaman utama kepada pemerintah dan pihak-pihak berwajib.

Perhatikan bagaimana kedua-dua pihak berkuasa awam dan agama pada masa itu tidak begitu takut dengan pembunuh bersenjata tetapi mereka takut kepada Yesus yang tidak bersenjata sehingga mereka berteriak agar membebaskan Barabas tetapi menghukum Yesus. Suara hati mereka melaungkan, “Kami lebih suka berurusan dengan seorang pembunuh bersenjata daripada dengan seorang lelaki yang tidak bersenjata, yang mengaku tidak ganas dan menyuruh orang ramai untuk saling berdamai!

Untuk ini, beri orang-orang ini sedikit pujian kerana cerdik. Tanpa sedar, mereka mengenali ancaman sebenar, seseorang yang tidak bersenjata, tidak ganas, dan meminta kita agar saling memaafkan

Walau bagaimanapun, saling memaafkan atau ‘memberikan pipi’ mesti difahami dengan betul. Ia bukan perkara pasif, tunduk kepada mereka yang membenci kita sebaliknya maksud Yesus ialah, memberikan ‘pipi kanan.’

Apa maksud-Nya. Yesus merujuk kepada amalan yang dibenarkan oleh budaya pada masa itu di mana seorang atasan, secara ritual boleh menampar pipi orang yang lebih rendah kedudukannya di pipi, dengan niat bukan untuk menimbulkan kesakitan fizikal tetapi untuk membiarkan orang lain mengetahui tempatnya — saya adalah atasan anda, tahu tempat anda! Tamparan itu diberikan dengan belakang tangan kanan, menghadap orang lain, dan dengan itu akan mendarat di pipi kanan orang lain. Sekarang, dalam postur itu, keganasan sebenar akan kekal tersembunyi kerana ia akan kelihatan bersih, estetik dan sebagai sesuatu yang diterima secara budaya.

Walau bagaimanapun, jika seseorang memalingkan pipi yang satu lagi, pipi kiri, keganasan akan terdedah. Bagaimana? Pertama, kerana tamparan itu akan menjadi janggal dan kelihatan ganas; kedua, orang yang ditampar akan menghantar isyarat yang jelas. Perubahan postur bukan sahaja akan mendedahkan keganasan tetapi ia juga akan berkata, anda masih boleh menampar saya, tetapi bukan sebagai orang atasan kepada yang lebih rendah; perintah lama sudah berakhir.

Tidak bersenjata dan berbahaya. Tidak membawa senjata kecuali integriti moral adalah ancaman utama kepada semua yang tidak adil. — Hakcipta Terpelihara 1999-2022 @

Total Comments:0

Name
Email
Comments