Menara Babel
Pembukaan Alkitab menawarkan kepada kita satu siri cerita yang menceritakan permulaan sejarah, untuk menjelaskan mengapa dunia hari ini seperti apa adanya.
Dec 01, 2024
Pembukaan Alkitab menawarkan kepada kita satu siri cerita yang menceritakan permulaan sejarah, untuk menjelaskan mengapa dunia hari ini seperti apa adanya. Kisah Adam dan Hawa tentang dosa asal adalah salah satu kisah itu. Ada juga kisah lain.
Oleh kerana kisah-kisah ini menggunakan gambaran, maka ia kelihatan seperti cerita dongeng, malah seperti fantasi kepada kita, tetapi ia adalah cerita yang sangat benar. Ia benar-benar berlaku.
Ia berlaku kepada lelaki dan wanita pertama di planet ini, dan ia terus berlaku hari ini dengan cara yang mempengaruhi setiap lelaki dan wanita sepanjang sejarah. Ia adalah kisah hati, bukan bermaksud untuk diambil secara literal, tetapi membawa pengajaran untuk hati.
Salah satu cerita “pada mulanya”, asas, pola dasar, ialah kisah Menara Babel. Dalam bahasa sehari-hari, kisah ini mungkin berbunyi seperti ini: Pada mulanya (sebelumnya zaman seperti sekarang) terdapat sebuah bandar bernama Babel yang memutuskan ia akan mencipta nama dengan membina sebuah menara yang sangat mengagumkan sehingga semua bandar lain perlu mengaguminya.
Mereka mula membina menara itu, tetapi sesuatu yang pelik berlaku. Semasa mereka membinanya, tiba-tiba mereka semua mula bercakap bahasa yang berbeza, tidak lagi dapat memahami satu sama lain, dan berselerak di seluruh dunia, masing-masing kini bercakap dalam bahasa yang tidak dapat difahami oleh orang lain.
Apakah pengajaran cerita ini? Adakah kisah itu bertujuan untuk menerangkan asal usul bahasa yang berbeza di dunia? Tidak, sebaliknya ia bertujuan untuk menjelaskan perselisihan faham yang mendalam dan seolah-olah tidak dapat didamaikan dalam kalangan kita. Mengapa kita terus menerus mengalami salah faham antara satu sama lain?
Terdapat pelbagai versi cerita ini yang boleh digunakan untuk menjelaskan perpecahan dalam dunia kita hari ini.
“The Atlantic” yang diterbitkan pada tahun lepas oleh ahli psikologi sosial Jonathan Haidt menyatakan bahawa mungkin tiada metafora yang lebih baik untuk menerangkan perpecahan di kalangan kita hari ini selain Menara Babel.
Katanya, media sosial adalah bertujuan untuk menghubungkan kita, bukan sahaja dengan rakan dan keluarga kita tetapi dengan orang dari seluruh dunia namun. Namun ia telah membawa kepada pemecahan radikal masyarakat kita dan kepada kehancuran semua yang kelihatan kukuh, orang yang pernah menjadi komuniti menjadi berselerak!
Sebagai contoh apa yang terjadi di Amerika. Kita mungkin masih bercakap dalam bahasa yang sama tetapi media sosial dan ruang gema berita telah membekalkan kita set fakta, nilai dan visi berbeza yang menjadikan perbualan mudah menjadi mustahil.
Lihat ketegangan yang berlaku baru-baru ini di sekitar pilihan raya Presiden AS, sebagai masyarakat terbukti kita tidak lagi bercakap bahasa yang sama kerana kita tidak lagi dapat memahami satu sama lain dalam hampir setiap isu utama — pemanasan global, imigresen, kemiskinan, jantina, kesihatan, pengguguran, praktik beragama di ruang awam, siapa yang benar, dan, yang paling penting, apakah kebenaran itu.
Kita tidak lagi berkongsi pengertian bersama. Sebaliknya, kita semua mempunyai pengertian kita sendiri, bahasa individu kita sendiri. Seperti kata pepatah popular, “saya telah melakukan penyelidikan sendiri! Saya tidak mempercayai sains. Saya tidak mempercayai mana-mana kebenaran arus perdana. Saya mempunyai rujukan saya sendiri.”
Dan rujukan itu terlalu banyak untuk dikira! Beratus-ratus saluran televisyen, podcast yang tidak terkira dan berjuta-juta orang memberi kita versi idiosinkratik mereka di media sosial sehingga banyak keraguan tentang fakta atau kebenaran.
Ini menyebabkan kita terbahagi di setiap peringkat: keluarga, kejiranan, Gereja, negara, dan dunia. Semua kita, kini bercakap bahasa yang berbeza dan seperti penduduk asal Babel, sedang tersebar di seluruh dunia. Berdasarkan hal ini, kita patut menghayati pengajaran kudus pada hari Pentakosta seperti yang diceritakan dalam kitab suci.
Kisah para Rasul menggambarkan Pentakosta, kedatangan Roh Kudus, sebagai peristiwa yang bertentangan dengan apa yang berlaku di Menara Babel.
Di Menara Babel, bahasa (lidah) bumi terbahagi dan berselerak. Pada Pentakosta, Roh Kudus turun ke atas setiap orang sebagai “lidah api” sehingga, terjadi peristiwa mengejutkan di mana semua orang dapat memahami bahasa-bahasa aneh yang dituturkan.
Sekali lagi, apa yang diterangkan di sini bukanlah tentang bahasa pertuturan manusia. Pada malam Pentakosta, semua orang tibatiba memahami bahasa Yunani atau Latin. Malah, mereka memahami bahasa orang lain meskipun tidak bertutur dalam bahasa tersebut. Semua pertuturan menjadi satu bahasa.
Apakah bahasa itu? Ia bukan bahasa Yunani, Latin, Inggeris atau Perancis atau Sepanyol atau Yiddish atau Cina atau Arab, mahupun mana-mana bahasa pertuturan dunia. Ia juga bukan bahasa golongan konservatif atau liberal.
Ia adalah, seperti yang Yesus dan diterangkan dalam kitab suci, ia adalah bahasa amal kasih, kegembiraan, kedamaian, kesabaran, kebaikan, kesetiaan, kelemah lembutan, iman dan kesucian.
Ini adalah satu-satunya bahasa yang boleh menghindarkan salah faham dan perbezaan di kalangan kita – dan apabila kita bercakap, kita tidak akan cuba membina menara untuk menarik perhatian sesiapa. --Hakcipta Terpelihara 1999-2024 @ Fr Ron Rolheiser
Total Comments:0