Mengapa berdoa untuk pemimpin politik?
“Politik adalah salah satu bentuk amal tertinggi kerana ia mencari kebaikan bersama,” kata Sri Paus Fransiskus yang memetik kata dari pendahulunya Sto Paulus VI.
Aug 10, 2024
VATIKAN: “Politik adalah salah satu bentuk amal tertinggi kerana ia mencari kebaikan bersama,” kata Sri Paus Fransiskus yang memetik kata dari pendahulunya Sto Paulus VI.
Dalam intensi doanya untuk bulan Ogos, Bapa Suci mengajak umat beriman untuk menyertainya dalam doa “agar pemimpin politik berkhidmat untuk rakyat mereka sendiri, bekerja untuk pembangunan manusia yang menyeluruh dan kebaikan bersama, mengambil perhatian terhadap mereka yang telah kehilangan pekerjaan dan mengutamakan golongan termiskin.”
Dalam pesan video yang mengumumkan doa intensi bulan ini, Sri Paus Fransiskus mengakui bahawa “politik tidak selalunya mempunyai reputasi yang baik.”
Walau bagaimanapun, katanya, jika kita melaksanakan politik dengan cara betul iaitu pemimpin yang mendengar apa yang sebenarnya berlaku di sekeliling, berkhidmat untuk orang miskin dan prihatin terhadap penganggur maka politik akan jauh lebih mulia daripada perkara kurang sihat yang selalu kita dengar.”
Jadi semasa kita berdoa untuk pemimpin politik, kita juga harus berterima kasih untuk ramai ahli politik yang menjalankan tugas mereka dengan semangat untuk berkhidmat, bukan kerana kuasa, serta meletakkan semua usaha mereka demi kebaikan bersama,” kata Sri Paus Fransiskus. — media Vatikan
Total Comments:0