Mengembalikan getaran cinta

Ada kalanya geli hati seorang paderi yang tidak pernah berkahwin tetapi dicari oleh umat kerana mahu meminta bimbingan dan nasihat. Mencari paderi untuk meminta bimbingan memang baik. Ini merupakan cara yang bijak.

Jun 15, 2024


Ada kalanya geli hati seorang paderi yang tidak pernah berkahwin tetapi dicari oleh umat kerana mahu meminta bimbingan dan nasihat. Mencari paderi untuk meminta bimbingan memang baik. Ini merupakan cara yang bijak.

Memang agak ironi mencari paderi ketika ada masalah dalam rumah tangga atau hubungan, sedangkan paderi itu seorang lelaki yang tidak berkahwin, mana mungkin dia faham?

Jangan risau, pembentukan seorang paderi tidak berhenti ketika di seminari sahaja.

Para klerus sentiasa akan ada pertemuan bulanan, masa untuk kembali dibentuk dan diberi pengetahuan serta perkongsian daripada paderi lain, bagaimana memberikan pelayanan pastoral kepada golongan yang memerlukan.

Baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang ibu, yang bertanya secara spontan bagaimana dapat merasakan getaran cinta terhadap pasangannya, seperti pada awal mereka jatuh cinta?

Getaran awal saat jatuh cinta pada sebagian besar pasangan memang sukar untuk diulang kembali.

Getaran-getaran yang dirasakan pada saat jatuh cinta memang sesuatu yang muncul dengan sangat kuat, bahkan terkadang membuat orang tidak dapat tidur.

Hal itulah yang mendorong secara kuat pasangan yang saling jatuh cinta untuk lebih mendekat satu dengan yang lain, serta ingin mengenal lebih jauh orang yang menggetarkan hatinya.

Dari tahap itu, lambat laun pasangan akan saling menyedari dan berani mengambil keputusan, bahawa orang inilah pasangan yang tepat baginya.

Pada pasangan yang sudah berkahwin atau sudah lama berkahwin, getaran-getaran cinta akan termanifestasikan dalam bentuk perhatian-perhatian yang diberikan kepada pasangan, memberikan kesenangannya dan kesediaan untuk mendengarkan serta kepekaan perasaan akan kebutuhan pasangannya.

Perhatian akan kesukaan, kepekaan perasaan serta kesediaan untuk mendengarkan tersebut akan membuahkan respek dari pasangan yang diperhatikan dan dilayani.

Pada gilirannya nanti, pasangan akan membalas dengan memberikan perhatian dan kesukaan atau kesenangannya, sehingga terjadilah proses timbal balik.

Hubungan timba l ba l ik yang digambarkan tersebut lebih lanjut berkembang menjadi dorongan untuk selalu berdekatan atau berubah menjadi keintiman antara keduanya.

Keintiman adalah perasaan saling menerima pasangan sebagai orang yang paling utama, sebagai primary group, di mana keduanya selalu dekat, saling tatap muka.

Keintiman adalah komponen emosional dalam cinta, di mana kedua pasangan mengembangkan rasa saling berbagi, saling peduli, menghargai pasangan dan komunikasi yang erat satu dengan yang lain.

Bahkan terkadang memiliki cara komunikasi tersendiri dengan inisiatif tertentu yang hanya difahami mereka berdua.

Keintiman ini juga merupakan kombinasi dari rasa kebersamaan, kepekaan akan keperluan pasangan, kedekatan fizikal, serta kerelaan untuk berbahagi bahkan berkorban demi pasangannya. Pengorbanan dan kesediaan untuk mendahulukan kepentingan bersama itulah yang membuahkan kebahagiaan dan getaran- getaran baru.

Semakin besar pengorbanan bagi pasangan, serta kesediaan mendahulukan kepentingan pasangan,akan membuahkan getaran yang semakin besar serta membahagiakan bagi yang berkorban. Sebenarnya getaran cinta itu dapat bertahan apabila pasangan saling mengambil tanggung jawab semasa menghadapi konflik dan memelihara keharmonian antara pasangan.

Ini memang tidak mudah. Ia hanya dapat dilakukan apabila pasangan saling menghormati karakter serta tidak memberi interpretasi yang negatif terhadap pasangan.

Perlu diingatkan pada ketika mengekspresikan perasaan, jangan terlalu ego, menuduh itu ini, sebaliknya renungilah kelemahan diri sendiri terlebih dahulu, berbincanglah dengan kerendahan hati, mohon bantuan Roh Kudus.

Adakalanya getaran cinta itu kurang kerana kesibukan bekerja. Apabila kembali ke rumah, masing-masing letih dan tidak mahu diganggu.

Dalam hal ini, pasangan perlu menjaga kesihatan dan kesegaran fizikal. Lakukan aktiviti riadah dan bersenam bersama. Semoga aktiviti bersama ini dapat mengeratkan hubungan yang mungkin mulai hambar.

Jangan risau jika rasa cinta seperti masa mula-mula dating tidak lagi menggebu. Manusia selalu berubah, bahkan peribadi kita sendiri setiap hari juga berubah.

Apa yang terpenting ialah relasi dengan pasangan semakin lama semakin harmoni dan nyaman. Ada kebebasan bagi pasangan untuk mengekspresikan diri.

Kunci utama relasi yang nyaman adalah kesediaan untuk saling terbuka, saling menerima dan mengutamakan pasangan. — Aleteia

Total Comments:0

Name
Email
Comments