Mengembalikan rasa kehairanan
Rasa kagum yang pernah menguasai hidup kita, menjadi sesuatu yang tidak lagi luar biasa malah menjadi sesuatu yang biasa-biasa sahaja. Kita tidak lagi berdiri dengan gembira di hadapan kehidupan yang segar.
Jun 09, 2023
Dalam puisi bertajuk, Is / Not, Margaret Atwood menyatakan bahawa apabila cinta menjadi pudar, di sinilah kita melihat peri-badi kita sebenarnya:
Kita terdampar di sini
di bahagian sempadan ini
di negara ini dengan jalan-jalannya yang kecil dan bangunan lama
di mana tiada apa-apa yang menakjubkan untuk dilihat
dan cuaca adalah biasa
di mana cinta yang suci tetapi mudah diperolehi
Lebih murah daripada
cenderahati
Ya, cinta di antara pasangan boleh pudar, begitu juga sesuatu yang istimewa dalam budaya kita boleh beransur menjadi sesuatu yang membosankan.
Dan inilah juga yang berlaku dalam budaya Kristian kita, atau mungkin sebahagian besarnya. Rasa kagum yang pernah menguasai hidup kita, menjadi sesuatu yang tidak lagi luar biasa malah menjadi sesuatu yang biasa-biasa sahaja.
Kita tidak lagi berdiri dengan gembira di hadapan kehidupan yang segar.
Kita telah melihat keasyikan dan kegembiraan yang ditawarkan oleh kehidupan tetapi pada suatu tahap, kita tidak lagi ghairah menikma-tinya: Kita berasa bosan, mula mengeluh, “itu sahajakah yang ada”, “ia tidaklah sehebat mana!”
Apa yang biasanya kita lakukan? Biasanya kita cuba menghilangkan rasa bosan itu tetapi jika matlamat itu tidak tepat, jika kita terus berusaha tetapi bersandar pada dinding yang salah, ia tidak akan mengembalikan pulangan yang baik.
Orang mengatakan bahawa perkara-perkara lama atau jiwa yang lama adalah membosankan tetapi jiwa lama sebenarnya berhati muda. Sebaliknya kita, jiwa kita tidak lagi muda. Rasa kagum, rasa gembira, rasa hairan … perlahan-lahan meninggalkan jiwa kita.
Apakah puncanya? Apa yang telah menghalang kita untuk terus kagum dan tertunggu-tunggu dengan harapan?
Apabila kita merasa sudah biasa atau selesa, akan muncul cabang-cabang dari rasa tersebut: kecanggihan, kebanggaan intelektual, kekecewaan, kebosanan, dan penghinaan.
Rasa normal akan membiakkan penghinaan, membenci sesuatu yang pernah kita rasa kagum dan dari penghinaan ini, ia menjadi an-titesis terhadap dua perkara timbal balik yang diperlukan untuk menghadapi dunia dengan rasa kagum, hormat dan tabah.
G.K. Chesterton pernah menyatakan normaliti atau tipikal adalah ilusi paling bahaya. Elizabeth Barrett Browning memberikan ungkapan puitis tentang perkara ini: Bumi penuh dengan syurga. Dan setiap belukar biasa terbakar dengan Tuhan.
Tetapi bagi yang melihat, akan menanggalkan kasutnya. Yang lain, duduk dalam bulatan, memetik beri dan wajah mereka selesa, tidak ada kebimbangan, biasa sahaja.
Ini adalah gambaran ilusi bagi mereka yang memikirkan hidup mereka adalah normal, memetik buah beri sambil mengusap wajah kita menandakan mereka tidak menyedari kehadiran yang Kudus.
Perkara yang biasa dibuat, membuatkan kita berfikir, semua yang berlaku adalah normal, tidak ada apa yang istimewa.
Apa jawapannya? Bagaimana kita memulihkan rasa kagum kita? Bagaimana kita dapat bermula untuk melihat api ilahi dalam kehidupan biasa?
Chesterton cadangkan bahawa rahsia untuk mengembalikan rasa kagum dan melihat api ilahi pada orang biasa adalah dengan belajar melihat perkara-perkara yang normal menjadi luar biasa.
Itulah yang diminta oleh Tuhan kepada Musa dalam Kitab Suci, apabila Musa melihat semak yang terbakar di padang pasir dan mendekati apinya kerana ingin tahu, Tuhan berkata kepadanya, tanggalkan kasutmu kerana tanah di mana anda berdiri adalah tanah suci.
Kata-kata itu, hanya sebaris tetapi ia adalah jemputan penting, rahsia yang mendalam untuk memulihkan semua rasa kagum dalam diri kita, setiap kali kita mendapati diri kita, seperti yang dijelaskan oleh Atwood: terperangkap di sisi sempadan, terperangkap di jalan-jalan kecil dan bangunan lama yang tidak ada apa-apa yang menakjubkan untuk dilihat, merasai cuaca biasa-biasa sahaja dan mudah mendapat cinta yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja.
Salah seorang profesor saya di universiti, selalu memberikan kami nasihat kecil ini: Jika anda bertanya kepada kanak-kanak yang polos, “Adakah anda percaya kepada Santa dan Easter Bunny?” mereka akan mengatakan “ya”.
Jika anda bertanya kepada kanak-kanak cerdik akan soalan yang sama, dia akan mengatakan tidak. Tetapi jika anda bertanya kepada kanak-kanak yang lebih pintar, dia akan tersenyum dan berkata ya.
Rasa kagum, kaget atau kehairanan kita pada mulanya berasal dari kepolosan kanak-kanak, yang belum biasa dengan dunia. Mata kita masih mengagumi perkara-perkara baru. Sudah tentu, ini akan berubah apabila kita belajar dan meningkat dewasa.
Setelah kita belajar tentang kebenaran Santa dan Easter Bunny, perlahan-lahan apa yang dikagumi dan luar biasa itu menjadi ejekan, bahan ketawa dan dikaitkan dengan perkara negatif.
Ini adalah fasa ‘memecahkan ilusi’ namun ia adalah fasa peralihan normal dalam kehidupan, kerana kita tidak dimaksudkan untuk terus percaya akan perkara dongeng di mana kita tinggal.
Untuk menjadi dewasa, ia perlu mendapatkan semula rasa tertanya-tanya kita dan bermula semula, tetapi atas sebab-sebab yang sangat berbeza bukannya untuk mempercayai realiti Santa dan Easter Bunny. Kita perlu membawa keajaiban kembali dalam kehidupan kita.
Saya pernah mendengar seorang lelaki bijak berkongsi kisah ini: Bayangkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang bertanya kepada anda, “ke mana matahari pergi pada waktu malam?” Bagi kanak-kanak yang masih muda, jangan ambil atlas atau globe lalu menjelaskan bagaimana sistem suria berfungsi.
Hanya beritahu kanak-kanak itu matahari letih dan sedang tidur di belakang gunung.
Walau bagaimanapun, apabila kanak-kanak berumur enam atau tujuh tahun, jangan cuba perkara yang sama. Sudah tiba masanya untuk mengeluarkan buku dan menerangkan sistem suria.
Selepas itu, apabila kanak-kanak itu berada di sekolah menengah atau kolej, sudah tiba masanya untuk mengeluarkan Steven Hawking, Brian Swimme, dan ahli astrofizik, dan bercakap tentang asal-usul dan penciptaan alam semesta.
Akhirnya, apabila orang itu berusia lapan puluh tahun, mungkin ia tidak keterlaluan untuk mengatakan sekali lagi, “matahari letih dan tidur di belakang gunung!”
Kita membesar dengan sudah terlalu biasa melihat matahari terbenam!
Rasa kagum dan tertanya- tanya boleh membuat perkara biasa menjadi luar biasa. — Hakcipta Terpelihara 1999-2023 @ Fr Ron Rolheiser
Total Comments:0