Meninggalkan Gereja

Mengapa begitu ramai orang meninggalkan gereja mereka? Tidak ada jawapan untuk soalan itu. Manusia begitu kompleks. Iman adalah kompleks. Isu-isu terlibat juga rumit.

Dec 04, 2021

Mengapa begitu ramai orang meninggalkan gereja mereka? Tidak ada jawapan untuk soalan itu. Manusia begitu kompleks. Iman adalah kompleks. Isu-isu terlibat juga rumit.

Mungkin, dengan melihat kepada soalan, ia dapat membantu untuk mengkategorikan beberapa kumpulan. Yang Tiada, Yang Selesai, Yang Rohani-tetapiBukan-Agama, Yang Acuh tak acuh, Yang Marah, dan Yang Terpinggir.

Walaupun terdapat beberapa pertindihan antara kumpulan ini, masing-masing mempunyai isu sendiri dengan gereja.

Kumpulan Yang Tiada (The Nones) adalah mereka yang enggan mengenal pasti mana-mana agama atau kepercayaan. Ditanya dalam borang bancian, apakah kepercayaan atau agama anda? mereka menjawab “tiada”. Mereka berpendirian agnostik.

Mereka tidak semestinya ateistik atau memusuhi iman, agama, dan gereja.

Sebaliknya, pada masa ini dalam hidup mereka, mereka enggan mengenal pasti diri mereka dengan mana-mana kepercayaan atau gereja.

Ada yang tidak menganggap perkara ini sebagai kebanggaan tetapi ada juga yang sombong; namun pada akhirnya, pendirian mereka adalah sama, mereka agnostik tentang agama dan iman.

Yang Selesai (The Dones) adalah mereka yang, dalam katakata mereka sendiri, sudah ‘selesai’ atau sudah berpatah arang dengan agama dan kepercayaan mereka. Selesai!

Mereka boleh menganggap diri mereka sudah ‘berpatang arang’ atas beberapa sebab.

Mungkin kerana mengalami pengalaman buruk dalam hal agama semasa membesar, kemarahan membuak-buak kepada gereja, atau juga mungkin lebih tertarik kuasa budaya yang lebih menarik, yang kelihatan boleh menjadi pengganti agama.

Golongan ini pernah menganuti iman, pernah beragama, tetapi kini, meninggalkan agama atau Gereja serta meneruskan kehidupan mereka tanpa mengekalkan iman mereka.

Rohani-tetapi-bukan-Religius (The Spiritual-but-not-Religious) ialah mereka yang percaya pada nilai kerohanian tetapi tidak percaya kepada mana-mana gereja.

Mereka telah memilih untuk meneruskan jalan kerohanian di luar mana-mana komuniti gerejawi, percaya bahawa (sekurangkurangnya bagi mereka) perjalanan kerohanian paling baik dilakukan di luar agama.

Terdapat banyak sebab untuk sikap seperti ini. Mereka mungkin dipengaruhi oleh etos keperibadian dan kebebasan peribadi yang menguasai budaya kita.

Dalam perjalanan iman hari ini, seseorang lebih suka mempercayai apa yang mereka lihat, percaya berdasarkan hasil pencarian dan pengalaman mereka sendiri.

Yang Acuh tak acuh (The Indifferent) adalah mereka yang acuh tak acuh kepada agama (tetapi mungkin masih mengekalkan iman mereka). Terdapat pelbagai sebab mengapa orang-orang ini berasa acuh tak acuh terhadap agama dan mungkin juga kepercayaan.

Budaya kita, yang mempunyai banyak kebaikan, boleh menjadi candu yang kuat dalam kebanyakan masa dan tahap hidup kita. Ia boleh membius naluri-naluri keagamaan dan membuat kita percaya pada apa yang dipanggil oleh Charles Taylor sebagai ‘sikap berpuas hati terhadap diri sendiri.’

Apabila seseorang sudah berpuas hati dengan diri sendiri atau boleh bergantung pada diri sendiri, maka Tuhan atau Gereja tidak lagi diperlukan.

Untuk jangka masa yang panjang, golongan ini melihat dunia kita sudah memadai, tidak perlu lagi agama atau Gereja. Maka bersikap acuh tak acuh terhadap iman dan Gereja, adalah satu pilihan.

Yang Marah (The Angry) adalah mereka yang atas sebab-sebab yang mereka boleh disebut, tidak lagi pergi ke gereja. Sebilangan besar puncanya adalah kerana - penderaan seksual di kalangan klerus, layanan gereja terhadap wanita, perkauman, kegagalan gereja untuk menghayati Injil, penglibatan atau tanpa penglibatan gereja dalam politik, sejarah buruk dengan gereja mereka, paderi yang buruk, atau penganiayaan peribadi dalam situasi pastoral.

Orang dalam kumpulan ini kadang-kadang, mencari gereja baharu dalam denominasi lain, namun ramai yang lebih suka berada di rumah pada pagi Hari Minggu.

Yang Terpinggir ( The Marginalized) ialah mereka yang merasakan diri mereka berada di luar pemahaman, empati, dan skop rohani gereja.

Ini termasuk semua orang daripada komuniti LGBTQ, gelandangan di jalanan kita kepada beribu-ribu yang tidak terkira, yang merasakan (sedar atau tidak sedar) bahawa kekacauan hidup mereka, entah bagaimana, telah mengetepikan atau mengeluarkan mereka daripada komuniti gerejawi. Mereka berasa seperti orang buangan dalam agama dan gereja kita.

Orang ramai meninggalkan gereja mereka atas pelbagai sebab dan ini telah menimbulkan beberapa lagi persoalan.

Apabila orang meninggalkan gereja, apakah sebenarnya yang mereka tinggalkan? Dan, ke mana mereka pergi, di mana tempat yang mereka pergi?

Dalam buku terbaharunya, After Evangelicalism, The Path to a New Christianity, David Gushee menanyakan soalan ini tentang mereka yang meninggalkan gereja mereka.

Adakah mereka sedar atau jelas dengan apa yang sebenarnya mereka tinggalkan?

Adakah mereka sedar bahawa mereka meninggalkan gereja, meninggalkan denominasi mereka, meninggalkan iman, meninggalkan Yesus, atau hanya pergi?

Lebih penting lagi, dia bertanya, apakah perlawanan akhir mereka? Adakah mereka akan berakhir dalam denominasi lain, atau sebagai beriman tetapi bukan Religius, atau sebagai agnostik, atau hanya kekecewaan?

Mungkin soalan itu tidak begitu penting untuk the Nones, the Dones, , the Spiritual-but-notReligious, Acuh tak acuh, dan Yang Terpinggir – tetapi untuk golongan Yang Marah, bagi mereka yang berasa terasing dari gereja mereka.

Ke mana anda pergi apabila kemarahan itu menjauhkan anda dari mezbah keluarga anda? Adakah anda mencari keluarga yang lebih berfikiran sama?

Adakah anda berputus asa mencari mezbah keluarga? Adakah anda hanya tinggal di rumah pada pagi Hari Minggu? Adakah anda berasa tenang untuk meninggalkan dunia ini dalam keadaan marah? Adakah anda berpuas hati untuk kekal kecewa?

Meninggalkan gereja: dua soalan untuk kita. Mengapa semakin ramai orang meninggalkan gereja mereka atau mengapa mereka tidak lagi pergi ke gereja mereka?

Dan, apakah masa depan agama mereka yang tidak lagi pergi ke gereja?

Yang pertama adalah soalan untuk gereja sendiri, yang kedua adalah soalan untuk direnungkan bagi mereka yang tidak lagi ke gereja. — Hakcipta Terpelihara 1999-2021 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments