Meniru praktik agama lain di kuburan Katolik

Kebiasaan demikian itu umumnya dilakukan kerana meniru kebiasaan kepercayaan lain, tetapi menurut ajaran Katolik, praktik itu dinilai kurang tepat.

Jun 24, 2022


Soalan 1: Berziarah ke kubur orang tua dengan menyajikan makanan dan menyalakan rokok di kuburan, apakah ini tepat menurut ajaran Katolik? — Silvester

Jawaban: Kebiasaan demikian itu umumnya dilakukan kerana meniru kebiasaan kepercayaan lain, tetapi menurut ajaran Katolik, praktik itu dinilai kurang tepat.

Dalam kehidupan kekal, orang sudah tidak lagi melakukan kesibukan seperti di dunia ini. Di sana, mereka sudah tidak lagi makan dan minum, membeli dan menjual, menanam dan membangun, kahwin dan dikahwinkan (bdk. Luk 17:26- 37; juga 20:35).

Kerana itu, mereka juga tidak memerlukan wang atau rumah. Maka tidak perlu dikirimkan wang-wangan atau dibakar rumah-rumahan dari kertas dan sebagainya.

Dalam kehidupan di balik kematian, mereka memerlukan bantuan rohani untuk mendapatkan pengampunan dari Tuhan dan kebahagiaan kekal. Maka, doa, matiraga, peringatan-peringatan sangat berguna untuk membantu mereka memasuki kehidupan kekal.

Gereja Katolik mengajarkan bahawa bantuan yang terbesar bagi mereka adalah persembahan perayaan Ekaristi di mana korban Yesus Kristus dihadirkan kembali dan pahala-pahalanya dilimpahkan kepada para arwah ini.

Soalan II: Apa yang terjadi pada Yesus setelah wafat-Nya di salib? Benarkah Yesus masuk ke Api Penyucian? — BC Lim

Jawaban: Gereja mengajarkan bahawa sebelum penebusan Yesus Kristus, mereka yang sudah meninggal dalam keadaan rahmat dan sudah membayar hukuman dosa mereka, tidak dapat masuk ke dalam syurga kerana pintu syurga masih tertutup kerana dosa Adam. Sambil menanti saat pintu syurga dibuka, mereka dikumpulkan di “Tempat Penantian.”

Di sini mereka sudah mulai mencicipi keadaan terberkati, tetapi terbatas. Jadi, Yesus tidak datang ke dunia orang mati untuk membebaskan orang-orang terkutuk dari dalamnya, “juga tidak untuk menghapuskan neraka, tempat terkutuk, tetapi untuk membebaskan orang-orang benar, yang hidup sebelum Dia” (KGK 633).

Sesudah kematian-Nya, Yesus turun ke Tempat Penantian orang mati “sebagai Penyelamat dan memaklumkan warta gembira kepada jiwa-jiwa yang tertahan di sana.”

Kerana itu Perjanjian Baru mengatakan bahawa Yesus “bangkit dari antara orang mati” (Kis 3:15; Rom 8:11; 1 Kor 15:20; KGK 632). Tujuan kedatangan Yesus ke Tempat Penantian ialah “untuk membebaskan orang-orang benar, yang hidup sebelum Dia” (KGK 633; bdk KGK 634-635).

Tempat penantian ini juga disebut limbus patrum atau tempat penantian para bapa, kerana di sinilah para tokoh Perjanjian Lama, orang-orang benar sebelum Kristus, menunggu saat penebusan manusia. Seringkali juga dirujuk sebagai “pangkuan Abraham”. Perlu diperhatikan bahawa Tempat Penantian ini tidak sama dengan Api Penyucian.— Fr Petrus Maria Handoko CM @ hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments