Menjadi rasul yang gembira melayani Tuhan

Pelayan altar dari Katedral St Joseph, Kuching dan Paroki St Ann, Kota Padawan telah menganjurkan Kem Pelayan Altar (ASG-23) yang menarik penyertaan lebih 130 peserta baru-baru ini.

Jun 09, 2023


KOTA PADAWAN, Kuching: Pelayan altar dari Katedral St Joseph, Kuching dan Paroki St Ann, Kota Padawan telah menganjurkan Kem Pelayan Altar (ASG-23) yang menarik penyertaan lebih 130 peserta baru-baru ini.

Kem tersebut diadakan di Pusat St Lukas Kota Padawan, Batu 10, Kuching dengan tema, ‘Serve, Not To Be Served’.

Ia bertujuan membentuk disi-plin di kalangan pelayan altar agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab khususnya semasa melayani atau membantu paderi di altar.

Rekoleksi selama dua hari itu turut disertai Fr Ramon Borja SDB dan Friar David Au OFM.

Misa Kudus penutupan merupakan acara kemuncak pada hari terakhir yang dirayakan oleh Friar David.

Dalam homilinya, beliau berharap agar para pelayan altar sentiasa melayani gereja dengan hati terbuka.

Total Comments:0

Name
Email
Comments