Menunggu pertolongan daripada malaikat
Pada malam sebelum Dia wafat, Yesus bergelut dan menggelumpur dalam menerima kehendak Bapa-Nya.
Mar 17, 2023

Pada malam sebelum Dia wafat, Yesus bergelut dan menggelumpur dalam menerima kehendak Bapa-Nya.
Injil menggambarkan keadaan ini, di mana Tuhan sujud di tanah, di Taman Gethsemane, “berpeluh darah” dan meminta Bapa-Nya untuk menyelamatkan-Nya dari kematian kejam yang menanti-Nya.
Kemudian, selepas Dia benar-benar menyerahkan diri dan kehendak-Nya kepada Bapa, malaikat datang dan menguatkannya.
Ini menimbulkan persoalan: di mana malaikat ketika Dia sedang lemah dan sangat memerlukan? Mengapa malaikat tidak datang lebih awal untuk menguatkan-Nya?
Ada dua cerita, saya percaya, boleh membantu dalam menjawab ini.
Pertama, kisah daripada Martin Luther King Jr.
Pada hari-hari sebelum dia dibunuh, dia bertemu dengan orang-orang yang tidak berhenti-henti memusuhi serta memahaminya serta mula menerima ancaman kematian.
Dia berani, tetapi dia juga manusia. Pada satu ketika, ancaman itu mula melemahkannya. Berikut adalah salah catatannya dalam diari beliau.
“Malam menjelang akhir Januari, saya duduk di atas katil lewat malam, selepas seharian lelah. Coretta sudah tertidur dan ketika saya hendak tidur, telefon berdering. Suara marah di corong telefon berkata, “Dengar sini orang hit … , kami telah mengambil semua yang kami mahukan daripada anda; sebelum minggu depan anda akan rasa menyesal pernah datang ke Montgomery.” Saya menutup telefon, tetapi saya tidak dapat tidur. Nampaknya semua ketakutan saya telah menguasai seluruh tubuh dan rohani saya. Saya berasa sangat lemah.
Saya bangkit dari tempat tidur dan berlegar-legar. Akhirnya, saya pergi ke dapur dan memanaskan seteko kopi. Saya bersedia untuk mengalah.
Dengan secawan kopi, saya duduk tanpa menyentuh kopi di hadapan saya.
Saya cuba memikirkan bagaimana untuk keluar dari situasi itu tanpa kelihatan seperti pengecut.
Dalam keadaan letih ini, apabila semua keberanian saya hilang, saya memutuskan untuk membawa masalah saya kepada Tuhan.
Dengan menelangkupkan kepala saya pada tangan saya, saya tunduk di atas meja dapur dan berdoa dengan kuat.
Kata-kata yang saya ucapkan kepada Tuhan pada tengah malam itu masih jelas dalam ingatan saya.
Saya mempunyai pendirian teguh terhadap perkara yang saya percaya. Tetapi sekarang saya takut.
Orang mencari saya untuk memimpin mereka dan jika saya berdiri di hadapan mereka tanpa kekuatan dan keberanian, mereka juga akan goyah.
Saya sudah tidak ada lagi kekuatan.
Saya tidak mempunyai apa-apa lagi. Saya telah sampai ke tahap di mana saya tidak dapat menghadapinya sendirian.”
Pada masa itu saya mengalami kehadiran Ilahi kerana saya tidak pernah mengalami-Nya sebelum ini. (Strive Toward Freedom) .
Lihat fakta yang penting dalam kisah Martin Luther tadi. Bila masa malaikat itu datang?
Dalam autobiografinya, The Long Loneliness, Dorothy berkongsi cerita ini.
Sebagai seorang wanita muda, bersama-sama dengan lelaki yang dia sayangi, dia agak tegas dengan apa yang tidak dipercayainya.
Dia menolak penyatuan perkahwinan Gereja dan ini bermakna dia juga tidak menerima nilai-nilai Kristian tradisional.
Kemudian, ketika dia melahirkan seorang anak, kelahiran anak itu adalah permulaan pertobatan sungguh-sungguh beliau.
Kegembiraan yang dirasainya semasa memegang bayinya, meyakinkannya bahawa Tuhan itu ada dan kehidupan itu mempunyai tujuan yang penuh kasih sayang.
Dorothy kemudiannya menganut agama Katolik. Ini tidak disukai oleh teman lelakinya, lelaki yang disayanginya, bapa kepada anaknya dan lelaki itu memberinya kata dua: jika kamu mahu anak ini dibaptis, hubungan kita berakhir.
Dia telah membaptis anak itu dan kehilangan hubungan dengan lelaki itu (walaupun mereka terus menjadi kawan).
Tidak lama kemudian, Dorothy, sebagai ibu tunggal, kehilangan pekerjaan dan tidak mempunyai visi atau rancangan sebenar tentang hala tujunya dalam kehidupan.
Pada suatu ketika, dia menjadi putus asa. Dia meninggalkan anak itu dalam jagaan orang lain dan menaiki kereta api dari Kota New York City ke Shrine Immaculate Conception di Washington, DC.
Dalam autobiografinya, dia menerangkan bagaimana dia berdoa pada hari itu, berdoa dalam keputus asaannya.
Seperti Yesus di Gethsemane dan Martin Luther King di Montgomery, doanya adalah tentang keperluan dan rasa tidak berdaya, pengakuan bahawa dia tidak lagi mempunyai kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Pada asasnya, dia mengungkapkan kata-kata ini kepada Tuhan: Saya telah menyerahkan segala-galanya untuk Mu dan sekarang ini saya sunyi, seorag diri dan takut.
Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak ada kekuatan untuk meneruskan komitmen ini. Dia mendoakan doa ini dengan rasa berat, tidak berdaya dan menaiki kereta api untuk kembali ke New York.
Tidak lama kemudian, dia tergamam melihat Peter Maurin di hadapannya dan memberitahunya bahawa dia pernah mengikuti karyanya dan Peter percaya akan visi, Dorothy yang suatu hari nanti akan menubuhkan semua gerakan kumpulan iaitu the Catholic Worker. Ini memulakan satu titik penting dalam hidupnya.
Malaikat telah datang lalu menguatkannya. Perhatikan pada tahap mana dalam cerita-cerita tadi, malaikat datang.
Malaikat datang semasa kita benar-benar tidak mempunyai tenaga, sangat letih dan lemah. Kenapa tidak lebih awal?
Kerana selagi kita tidak benar-benar letih dan menyerah, malaikat tidak dapat memasuki kehidupan kita.
Tetapi, seperti yang dikatakan Trevor Herriot, “Hanya selepas kita menyerahkan fikiran dan tenaga kita, barulah malaikat dapat datang kepada kita dan melayani kita.” — Hakcipta Terpelihara 1999-2023 @ Fr Ron Rolheiser
Total Comments:0