Menyambut migran, pelarian, langkah pertama menuju perdamaian

Penghijrahan yang selamat, teratur, mengikut saluran yang betul dan mampan adalah demi kepentingan semua negara, tulis Sri Paus Fransiskus.

Mar 31, 2023

Paus Fransiskus menyapa seorang kanak-kanak pelarian yang tiba melalui Koridor Kemanusiaan. Gambar: Media Vatikan.


TAKHTA SUCI: Penghijrahan yang selamat, teratur, mengikut saluran yang betul dan mampan adalah demi kepentingan semua negara, tulis Sri Paus Fransiskus.

“Jika ini tidak diterapkan dan diiktiraf, maka ada risiko bagi masa depan orang dan ia boleh menghancurkan kehidupan,” katanya dalam ucapan bertulis kepada pelarian dan sukarelawan serta organisasi yang membantu mengalu-alukan dan mengintegrasikan para migran dan pelarian di Eropah.

Berbicara kepada para sukarelawan, Sri Paus Fransiskus mengucapkan, “Terima kasih anda telah mempromosikan karya penyambutan atau mengalu-alukan ini yang merupakan komitmen nyata untuk perdamaian. Menyambut para migran dan pelarian adalah langkah pertama menuju perdamaian.”

Pada Mac 18, dewan audiensi Vatikan dipenuhi oleh individu dan keluarga dari banyak negara yang berperang atau terkesan dengan darurat kemanusiaan, seperti Syria, Iraq, Afghanistan, Somalia, Sudan Selatan, Nigeria, Congo, Libya, dan Ukraine.

Sri Paus membaca beberapa bahagian dari teks yang telah disiapkannya, dan menghabiskan waktu sekitar 25 minit dengan menggunakan kerusi roda untuk menyapa para tamu dan berpelukan dengan anak-anak yang teruja bertemu dengannya.

Para migran dan pelarian yang datang ke Itali dan negara-negara Eropah, adalah berkat inisiatif yang dimulai tahun 2016 yang mewujudkan “koridor kemanusiaan” di mana para relawan dan organisasi di wilayah-wilayah konflik mengidentifikasi orang-orang yang sangat memerlukan, mengatur perjalanan mereka yang selamat dan mematuhi undang-undang, serta membantu mereka menyesuaikan diri di kalangan masyarakat yang siap menerima mereka.

Koridor kemanusiaan juga membantu perumahan, pendidikan, dan bantuan lainnya.

Komuniti Sant’Egidio yang berpangkalan di Roma mendirikan projek ini bersama dengan Persekutuan Gereja Evangelikal, gereja Waldensian Itali, cawangan Itali Caritas dan konferensi para Uskup Itali.

Projek ini mulai membantu orang menghindari perjalanan berbahaya melintasi Laut Mediteranian dengan kapal yang tidak selamat, mencegah eksploitasi oleh pedagang manusia dan memberikan keutamaan kepada mereka yang berada dalam kondisi sangat genting.

Lebih dari 6,000 orang telah ditawarkan dengan saluran undang-undang yang tepat integrasi melalui projek itu sejak 2016.

Dalam ucapannya, Sri Paus Fransiskus berterima kasih kepada organisasi-organisasi tersebut atas kemurahan hati mereka serta komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam menyambut pendatang baru.

Bapa Suci memberikan contoh kemalangan kapal baru-baru ini, dekat Cutro, Itali, yang mengakibatkan kematian hampir 90 migran, termasuk anak-anak

“Bencana itu seharusnya tidak terjadi dan segala sesuatu yang mungkin perlu dilakukan untuk memastikan tragedi itu tidak berulang kembali,” kata Sri Paus.

“Koridor kemanusiaan membangun jambatan yang dilalui ramai kanak-kanak, wanita, lelaki dan golongan tua yang mahu menyelamatkan diri dari situasi yang tidak stabil dan sangat berbahaya untuk tiba di destinasi atau negara lain, secara selesa, legal dan bermartabat,” tulisnya.

“Migrasi yang aman, tertib, teratur dan berkelanjutan adalah kepentingan semua negara,” tambahnya.

Pendekatan ini, kata Sri Paus, “menunjukkan jalan lebih baik bagi Eropah, menghindari ketakutan di kalangan pelarian dan migran sehingga terpaksa memilih jalan yang me-risikokan nyawa mereka, asalkan dapat melindungi diri dan keluarga mereka dari terus menjadi mangsa konflik di negara asal mereka.”

Bapa Suci memuji penekanan projek tersebut untuk mengintegrasikan para migran dan pelarian dengan masyarakat di negara yang menerima.

Prelatus itu juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang dengan murah hati menawarkan rumah, sumber daya, dan bantuan.

Berbicara kepada mereka yang meninggalkan tanah air mereka, Bapa Suci memberi penghiburan bahawa beliau juga lahir di kalangan keluarga imigran.

Yesus menunjukkan kepada kita bahawa menerima orang asing bererti menerima Dia, “Saya adalah orang asing dan anda menyambut saya,” tulis paus.

Sri Paus juga mengatakan kepada pelarian dari Ukraine, bahawa “Bapa Suci tidak berputus asa mencari dan menyeru keamanan, berharap dan berdoa untuk keamanan.

“Saya melakukan ini untuk negara anda yang teruk dan untuk negara-negara lain yang terjejas oleh peperangan!” -- media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments