Meraikan ulang tahun ke-800 Kidung Segenap Ciptaan
Pada Februari 24 lalu, seramai 68 peserta telah menghadiri ceramah ‘The Canticle of the Creature’ Semarak Kesedaran Ekologi yang berlangsung di Pusat Retret Pace Bene.
Mar 08, 2025

PAPAR: Pada Februari 24 lalu, seramai 68 peserta telah menghadiri ceramah ‘The Canticle of the Creature’ Semarak Kesedaran Ekologi yang berlangsung di Pusat Retret Pace Bene.
Program ini dimulakan dengan Misa pembukaan yang dipimpin oleh Fr Lasius Gantis.
Ceramah ini diadakan bersempena ulang tahun ke-800 Canticle of the Creature (Kidung Segenap Ciptaan), sebuah puisi terkenal oleh Santo Fransiskus dari Assisi yang ditulis pada tahun 1225.
Acara ini bertujuan untuk menekankan kesedaran akan nilainilai murni ekologi dalam usaha membentuk gaya hidup baharu berlandaskan pendidikan, kerohanian, dan pertobatan.
Sr Calista FSIC, salah seorang penceramah utama, menegaskan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab besar dalam menjaga keseimbangan alam sekitar sebagai tanda syukur kepada Tuhan Sang Pencipta. --Eveline Justine
Total Comments:0