Musim Penciptaan ditutup dengan Doa Pemberkatan Haiwan dan Tumbuh-tumbuhan

Buat pertama kalinya, Gereja St Patrick Membakut mengadakan Misa Kudus dan Upacara Pemberkatan Haiwan dan Tumbuhan pada 4 Oktober 2021.

Oct 09, 2021


MEMBAKUT:
Buat pertama kalinya, Gereja St Patrick Membakut mengadakan Misa Kudus dan Upacara Pemberkatan Haiwan dan Tumbuhan pada 4 Oktober 2021.

Misa Kudus sempena Hari Sto Fransiskus dari Asissi dan upacara pemberkatan dipimpin oleh Father Benedict Daulis.

Beberapa umat, dengan mematuhi SOP, membawa pelbagai tumbuhan dan haiwan kesayangan mereka untuk diberkati. Menariknya menurut catatan seorang umat, kehadiran Yesus dan Sto Fransiskus amat dirasai sehingga kucing dan anjing pun tidak membuat bising semasa upacara pemberkatan!

Di Paroki Katedral St Francis Xavier, Upacara Pemberkatan haiwan dan tumbuhan dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong.

Doa Pemberkatan Haiwan dan Tumbuhan sempena Pesta Santo Fransiskus dari Asisi ini juga merupakan Penutupan Musim Penciptaan 2021 di Keuskupan Keningau.

Komisi Keharmonian dan Alam Ciptaan Tuhan Keuskupan Keningau telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang musim penciptaan ini seperti Malam Laudato Si Kanak-kanak, Nyanyian Mazmur Alam Ciptaan Tuhan dan Isnin Tanpa Daging.

Total Comments:0

Name
Email
Comments