Muslim dan Kristian, kutuk pembunuhan kejam mahasiswa Nigeria

Muslim dan Kristian, bersama-sama mengutuk kematian seorang mahasiswa Kristian Deborah Yakubu, dan memohon kepada pihak berkuasa kerajaan agar menyiasat kes itu demi kebenaran dan keadilan, sambil berusaha untuk menjaga ketenangan di Nigeria.

May 20, 2022

Deborah Yakubu


NIGERIA: Muslim dan Kristian, bersama-sama mengutuk kematian seorang mahasiswa Kristian Deborah Yakubu, dan memohon kepada pihak berkuasa kerajaan agar menyiasat kes itu demi kebenaran dan keadilan, sambil berusaha untuk menjaga ketenangan di Nigeria.

Kemarahan awam terus berlanjutan kerana kesal dengan tindakan kekerasan yang tidak boleh diterima terhadap seorang mahasiswa Nigeria.

Merejam mahasiswa itu dikutuk oleh pemimpin agama Islam dan Kristian di seluruh Nigeria, termasuk Sultan Saad Abubakar.

Terkejut dengan insiden itu, Uskup Nigeria menyeru keadilan ditegakkan terhadap tindakan jenayah dan tidak berperikemanusiaan yang “tidak ada hubungannya dengan agama.”

Dalam sebuah pesannya, Uskup Nigeria itu mengatakan, “Umat Kristian dan Muslim, selalu “hidup damai” selama bertahun-tahun.” Prelatus itu meminta doa untuk ketenangan jiwa bagi Deborah dan agar Tuhan memberinya istirahat abadi dan menghibur keluarganya.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh media lokal, Deborah Yakubu seorang Kristian, dibunuh kerana tidak mahu memadam pesannya tentang Yesus dalam group chat Whatsapp.

Melalui group Whatsapp itu Debrah ditanya bagaimana dia lulus peperiksaan musim lalu. Deborah menjawab, “kerana Yesus.”

Dua orang pelajar Islam kurang senang dengan jawaban Deborah dan mahu Deborah memadam mesej itu tetapi Deborah enggan. Ini menyebabkan pelajar Islam membawa orang luar dari kolej, masuk ke kampus, mencari dan menyeret Deborah dari kolej.

Menurut laporan, Deborah telah direjam, dilempari batu dan dibakar oleh sekumpulan pelajar Islam dan rakan-rakan mereka.

Yayasan Kepausan Aid to the Church in Need (ACN) di Nigeria mengatakan sangat terkejut dengan “pembunuhan yang mengerikan” itu. .

“ACN mengecam tindakan kejam yang melibatkan seorang mahasiwa Kristian. Tahap ekstremisme dan kekerasan yang terjadi di Nigeria selama beberapa tahun ini sangat mengerikan. Tindakan biadap dan zalim ini membuat kami bungkam, terkejut dan sedih,” kata presiden eksekutif ACN, Thomas Heine-Geldern.

Menurut Laporan Kebebasan Beragama terbaharu ACN, setelah 20 tahun undang-undang Syariah di Nigeria, situasi di Nigeria utara telah menjadi lebih buruk, di mana agama dan etnik menjadi jalan pintas menuju kekuasaan, sumber daya dan hak istimewa. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments