Nasib malang dan untung manusia

Pertama, jangan cemburu atau curiga terhadap sesiapa jua yang memperoleh harta melimpah. Jangan sampai kita jatuh dalam dosa kerana mengadili orang lain dan menjadi curiga hanya dari penampilan luar.

Jul 13, 2024


Soalan:
Saya pernah mendengar rungutan rakan umat bahawa “yang kaya makin kaya, yang miskin semakin miskin”. Ada juga keraguan di hati saya apabila melihat orang yang tidak pernah ke Gereja tetapi masih hidup mewah dan mempunyai kesihatan yang baik, tetapi yang miskin pula umpama sudah jatuh, ditimpa tangga.

Mengapa demikian? Bukankah Tuhan menyayangi semua umat manusia tanpa pilih kasih? — Tristan

Jawaban: Pertama, jangan cemburu atau curiga terhadap sesiapa jua yang memperoleh harta melimpah. Jangan sampai kita jatuh dalam dosa kerana mengadili orang lain dan menjadi curiga hanya dari penampilan luar.

Kedua, ungkapan ‘yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin”, sebenarnya menunjukkan sistem dunia sekarang ini. Dalam kenyataan dunia ini, perolehan memang seringkali tidak lurus atau adil berbanding kerja keras yang telah dilakukan.

Akibat sistem ini, ada pihak yang mendapat untung, misalnya kerana dunia sentiasa menyukai kecantikan dan keelokan, atau kerana dunia rindu akan suasana jenaka maka ada pihak yang mendapat keuntungan dengan membuat orang terlepas dari ketegangan melalui jenaka mereka.

Yang lain pula bertuah kerana hidup dalam relasi yang baik: misalnya mempunyai modal untuk berniaga, mempunyai keluarga baik dan kaya, memiliki kecerdikan untuk dimanfaatkan dan sebagainya.

Sudah tentu, bagi orang-orang yang memang berusaha sungguh-sungguh, mereka mampu memanfaatkan peluang dengan kreatif dan hasilnya, mereka mendapat keuntungan, ditambah pula dengan kematangan emosional dan sosial yang baik.

Ketiga, sistem itu tidak selalu adil dan memihak orang miskin. Ada orang yang tidak bias mengikuti sistem dunia ini, sehingga tersingkir dari perkembangan dan proses ekonomi.

Dalam dokumen Evangeli Gaudium, Sri Paus Fransiskus banyak menegur orang-orang seperti ini, terutama akibat sistem ekonomi yang ‘mengecualikan’, yang menyingkirkan orang-orang yang tidak relevan.
Orang-orang seperti ini tersingkir, bukan kerana dieksploitasi atau ditindas, melainkan kerana ketinggalan dan tidak ambil baha gian dari perkembangan.

Lebih sengsara lagi nasib mereka, mereka cepat beralah dan putus asa dari orang yang serakah dan tidak mahu peduli. Seruan mereka tidak mampu menggerakkan belaskasih pada hati orang yang mendengarnya.

Siapakah yang mendapat rahmat di sini: yang kaya atau miskin? Tentu rahmat tidak boleh dibatasi hanya pada keuntungan material belaka.

Kekayaan material dapat menjadi awal rahmat, tetapi sebaliknya boleh menjadi penghambat rahmat.

Tuhan juga meminta kita mengatasi ragi kerakusan dan di satu pihak, Dia juga mahu kita bersahabat dengan mammon untuk memperoleh hidup.

Rahmat sejati membuat orang beriman dapat berbahagia dalam keadaan terpuruk sekalipun. Di situlah kita mengerti sabda bahagia Tuhan: “Berbahagialah mereka yang miskin.”

Rahmat Tuhan memperteguh kemampuan kita untuk mengupayakan hal-hal duniawi, membuat kita tidak melupakan cinta kasih dan kepedulian kepada sesama.

Rahmat menghasilkan buah-buah Roh dalam setiap sisi hidup, sehingga budi dan kemampuan manusiawi dimurnikan untuk hidup yang kekal.

“Kumpulkanlah bagimu harta di syurga, yang tidak akan dimakan ngengat dan didekati pencuri.” (Matius 6:20).

“… apakah gunanya orang memiliki dunia ini, kalau ia kehilangan nyawanya.” (Yohanes 12:25).
Ajakan ini berlaku baik bagi semua orang, kaya mahupun miskin. Sri Paus Fransiskus dalam dokumen Laudato Si mengingatkan kita kepada bahaya ketamakan: “Bagi kita seringkali sedikit bererti banyak.” Itulah berkat rahmat. Di situlah sayangnya Tuhan. — Fr Gregorius Hertanto MSC, hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments