Orang kudus pada masa sekarang

Tidak cukup untuk memiliki orang kudus masa lalu; Kita memerlukan orang kudus untuk zaman kita! Demikian kata-kata berwawasan Simone Weil.

Nov 18, 2022


Tidak cukup untuk memiliki orang kudus masa lalu; Kita memerlukan orang kudus untuk zaman kita! Demikian kata-kata berwawasan Simone Weil. Orang-orang kudus lama mempunyai banyak tawaran; tetapi kita melihat kebaikan, iman, dan tidak mementingkan diri sendiri dan mendapati lebih mudah untuk mengagumi mereka tetapi sukar untuk meneladani mereka.

Kehidupan dan persekitaran mereka kelihatan begitu jauh berbeza dari cara kehidupan kita, sehingga kita mudah menjauhkan diri dari mereka.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan seorang santo untuk zaman kita, Stanley Rother (1935-1981), seorang budak ladang Oklahoma yang menjadi misionari bagi orang miskin di Atitlan, Guatemala, dan akhirnya mati matir.

Hidup dan perjuangannya (dido- rong oleh keberaniannya yang luar biasa sehingga akhir hayatnya) adalah sesuatu yang dapat kita kaitkan dengan kehidupan kita sekarang dengan mudah.

Siapa Stanley Rother? Beliau adalah seorang paderi dari Oklahoma yang ditembak mati di Guatemala pada tahun 1981. Dia telah dibeatifikasi sebagai matir dan tidak lama lagi, menjadi lelaki pertama Amerika Syarikat untuk dikanonisasi. Berikut me- rupakan kisahnya secara ringkas:

Stanley Rother dilahirkan dalam keluarga petani di Okarche, Oklahoma, anak sulung daripada empat beradik. Beliau membesar dengan membantu mengusahakan ladang keluarga dan sepanjang hayatnya dan pelayanannya, beliau kekal sebagai petani lebih daripada paderi.

Membesar dan bekerja dengan keluarganya, dia lebih banyak berada di rumah membajak ta-nah, membaiki enjin, dan menggali telaga daripada membaca Aristotle dan Thomas Aquinas.
Latar belakangnya sebagai petani membolehkannya memberi pelayanan terbaik kepada orang miskin sebagai misionari, tetapi kurang membantu semasa beliau mula-mula bertekad untuk menjalani pembentukan kepaderian.

Tahun-tahun awal beliau di seminari adalah pergelutan. Beliau bergelut belajar falsafah (dalam bahasa Latin) sebagai persediaan untuk kajian teologi- nya di mana beliau mendapatinya sebagai sukar, dan terlalu susah baginya. Selepas beberapa tahun, kakitangan seminari menasiha- tinya untuk meninggalkan seminari, mereka memberitahunya beliau tidak mempunyai kebolehan akademik untuk belajar menjadi paderi.

Kembali ke ladang, beliau meminta nasihat daripada uskupnya dan akhirnya dihantar ke Seminari Mount St Mary di Maryland. Walaupun di sana, dari segi akademik beliau kurang berkembang maju tetapi beliau menyerlah dalam cara lain, cara yang mengagumkan kakitangan seminari sehingga beliau disyorkan untuk ditahbis.

Selepas ditahbis, beliau kembali dalam keuskupannya sendiri, dan menghabiskan tahun-tahun pertama kepaderiannya banyak melakukan kerja manual, membaik ulang harta yang terabai dan diwarisi oleh keuskupan dan mengubahnya menjadi pusat pembaharuan yang berfungsi.

Kemudian, pada tahun 1978, beliau telah dijemput untuk menyertai tim misi keuskupan untuk memulakan misi di Guatemala.

Segala pengalaman, latar belakang dan keperibadiannya kini digunakannya untuk melakukan kerja-kerja misi, dan, ironinya, beliau yang dahulu pernah bergelut untuk belajar bahasa Latin, kini dapat mempelajari bahasa orang-orang yang dilayani-nya, yang lebih sukar (Tz’utujil) dan menjadi salah seorang yang membantu mengembangkan abjad bertulis, perbendaharaan kata, dan tatabahasa bahasa tersebut.

Beliau juga melayani orang-orang ini secara peribadi, membantu mereka bercucuk tanam, mencari sumber bagi menolong mereka, dan kadang- kadang memberi mereka wang dari poketnya sendiri.

Akhirnya beliau menjadi kawan dan pemimpin mereka yang dipercayai.

Walau bagaimanapun, tidak semuanya adalah indah. Keadaan politik di negara itu semakin memburuk, keganasan ada di mana-mana, dan sesiapa yang dianggap bertentangan dengan kerajaan, menghadapi kemungkinan dihukum, ‘dihilangkan’, diseksa dan risiko kematian.

Stanley cuba untuk kekal terpisah dari politik, namun begitu, pelayanannya bekerja dengan orang miskin dilihat sebagai bersifat politik.

Juga, pada satu ketika, beberapa katekis telah diseksa dan dibunuh dan, tidak menghairankan, apabila beliau mendapati dirinya berada dalam senarai kematian dan diusir keluar dari negara itu demi keselamatannya sendiri.

Selama tiga bulan, beliau kembali bersama keluarganya di Oklahoma, beliau berfikir secara mendalam sama ada untuk kembali ke Guatemala. Jika kembali, beliau tahu ini bermakna kematian hampir pasti. Beliau sukar membuat keputusan kerana walaupun beliau amat jelas dan ingin kembali ke Guatemala, beliau bimbang kematiannya akan membawa dukacita kepada ibu bapanya yang sudah tua.

Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk kembali ke Guatemala, semangatnya dibakar oleh Yesus yang mengatakan, “gembala tidak meninggalkan domba-dombanya yang dalam bahaya.”

Empat bulan kemudian, beliau ditembak mati di kawasan mission di mana beliau tinggal, beliau berjuang hingga akhir dengan penyerangnya agar tidak diusir atau diculik.

Seketika, beliau diiktiraf sebagai matir dan apabila jena- zahnya diterbangkan kembali ke Oklahoma untuk pengebumian, masyarakat di Atitlan menyimpan hatinya dan mengubah bilik di mana dia mati matir menjadi gereja kecil.

Beberapa buku telah ditulis tentangnya dan saya sangat mengesyorkan dua daripadanya. Untuk akaun biografi yang besar, sila baca tulisan Maria Ruiz Scaperlanda, “Gembala Yang Tidak Lari.” Untuk penghormatan hagiographical terhadapnya, bacalah karangan Henri Nouwen, Love in a Fearful Land.

Kita mempunyai santo penaung untuk setiap sebab dan situasi. Bagi siapa atau untuk apa yang mungkin Stanley Rother dianggap sebagai santo penaung? Dia sama seperti kita, orang biasa yang ada kalanya memohon keberanian yang luar biasa. — Hakcipta Terpelihara 1999-2022 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments