Pakar runding perniagaan ada kuasa tangani krisis global

Bercakap kepada pakar runding gerakan Deloitte Global, Sri Paus Fransiskus menyatakan bahawa perniagaan boleh memainkan peranan yang kuat dalam menangani krisis secara global; dan prelatus itu menyeru mereka untuk menjadi ‘pakar runding bersepadu’ yang komited untuk membantu mempromosikan kesejahteraan semua orang.

Sep 30, 2022

Pakar runding perniagaan diseru mengatur analisis dan cadangan yang lebih mementingkan kemanusiaan dan alam sekitar.


VATIKAN:
Bercakap kepada pakar runding gerakan Deloitte Global, Sri Paus Fransiskus menyatakan bahawa perniagaan boleh memainkan peranan yang kuat dalam menangani krisis secara global; dan prelatus itu menyeru mereka untuk menjadi ‘pakar runding bersepadu’ yang komited untuk membantu mempromosikan kesejahteraan semua orang.

Katanya, perniagaan mempunyai kuasa dan pengalaman untuk membantu orang yang menderita dan membantu menangani krisis di seluruh dunia, termasuk pandemik dan perang.

Bapa Suci membuat pemerhatian ini ketika berucap kepada delegasi dari Deloitte Global pada Sept 22, di Vatikan.

Deloitte ialah salah satu daripada ‘Big Four’ firma perakaunan dan pelbagai perkhidmatan antarabangsa di seluruh dunia, serta menggaji kira-kira 350,000 orang di seluruh dunia.

Sri Paus mengucapkan terima kasih atas lawatan dan kerja mereka, sebelum menumpukan perhatiannya kepada pelbagai cabaran yang melanda dunia, dan mencadangkan tiga cara mereka boleh mempromosikan dunia yang lebih berperikemanusiaan, adil dan bersemangat persaudaraan.

Tiga cadangan untuk mempromosikan dunia yang lebih adil dan berperikemanusiaan Cadangan pertama: “Sentiasa kekal sedar bahawa anda boleh meninggalkan makna atau tanda.”

“Tanda” ini, tegasnya, biarlah harus sentiasa positif, bertujuan untuk memajukan pembangunan insan yang integral.

“Soalan yang baik untuk ditanya pada diri sendiri apabila menilai apa yang baik untuk kita perturunkan kepada dunia ini ialah: “Apakah jenis dunia yang kita mahu tinggalkan untuk anak dan cucu kita?” Cadangan kedua Sri Paus ialah agar para eksekutif “memikul dan memenuhi tanggungjawab budaya anda, yang juga berpunca daripada kekayaan kecerdasan dan hubungan anda.”

Cadangan ketiga Bapa Suci adalah untuk meningkatkan kepelbagaian.

Pakar runding perniagaan dipanggil untuk mencadangkan hala tuju baharu untuk cabaran baharu Sri Paus mengingatkan bahawa pekerjaan adalah martabat untuk ramai orang, menjaga rumah kita bersama, nilai ekonomi dan sosial, dan kesan positif kepada masyarakat, semuanya saling berkaitan.

“Pakar runding hari ini, harus menyedari peranan mereka, dipanggil untuk mencadangkan dan membincangkan hala tuju baharu untuk cabaran baharu.”

Beliau berkata mereka harus menerima pakai dan mencadangkan dasar yang juga menggalakkan kualiti hidup di peringkat global, dan mengutamakan kesejahteraan yang penting bagi keseluruhan orang dan setiap orang.

“Dalam mempromosi objektif integral bagi peribadi manusia, kita tidak boleh mengutamakan keuntungan. Begitu juga ketika kita memikirkan atau berusaha ke arah kesejahteraan, apabila kita mengutamakan orang miskin, dan bumi – semua ini harus tidak melibatkan kiraan ‘keuntungan’,” pesan Sri Paus.

“Apa yang boleh dilakukan oleh pakar runding profesional dalam situasi sukar dan tidak menentu ini? Mereka boleh melakukan banyak perkara dengan mengatur analisis dan cadangan mereka dengan perspektif dan visi yang penting iaitu untuk memartabatkan semua orang dengan pekerjaan yang baik serta mengorientasikan semula cara hidup kita di planet kita ini, yang telah kita rosakkan dari segi iklim dan ketidakadilan.”

Sri Paus Fransiskus mengakhiri dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka untuk pertemuan ini, mengucapkan syabas di atas kerja mereka, dan memberkati mereka dan keluarga mereka, terutama anak-anak mereka, orang sakit, dan orang tua. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments