Para Uskup sedunia doakan keselamatan Kardinal Zen

Uskup emeritus Hong Kong yang berusia 90 tahun ditangkap kerana menyokong organisasi yang memberikan bantuan undang-undang kepada para aktivis pro-demokrasi.

May 20, 2022


HONG KONG:
Uskup emeritus Hong Kong yang berusia 90 tahun ditangkap kerana menyokong organisasi yang memberikan bantuan undang-undang kepada para aktivis pro-demokrasi.

Penangkapan Kardinal Joseph Zen pada hari Rabu, 11 Mei 2022 oleh polis keamanan nasional Hong Kong telah menimbulkan kekhuatiran ramai uskup khususnya di Vatikan.

“Berita penangkapan Kardinal Joseph Zen Ze-kiun pada 11 Mei di Hong Kong kerana mengelola dana kemanusiaan untuk para pembantah yang memprotes terhadap tindakan kurang menghormati terhadap kebebasan hak asasi manusia di Hong Kong oleh parti Komunis,” kata Uskup David J. Malloy dari Rockford dan ketua Komiti Konferensi para Uskup Katolik Amerika dalam sebuah kenyataan.

Kardinal Zen dan tiga administrator lain dari Dana Bantuan Kemanusiaan 612, sebuah yayasan pro-demokrasi yang membantu warga Hong Kong yang menyokong gerakan pembangkang Parti Komunis China, telah ditahan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Jika terbukti bersalah, keempat-empatnya boleh dikenakan penjara seumur hidup.

Uskup Hong Kong, Stephen Chow Sau-yan, yang baharu sahaja dilantik menjadi gembala Keuskupan Hong Kong, dalam wawancara pertamanya, yang diterbitkan pada Februari tahun ini, menekankan pentingnya melindungi martabat manusia.

“Saya tidak dapat menerima jika martabat manusia diabaikan, dipijak atau dihilangkan sama sekali. Tuhan memberi kita martabat ini ketika Dia mencipta kita menurut gambar dan rupa-Nya,” kata Chow.

Di Vatikan, Takhta Suci mengikuti perkembangan situasi dengan sangat perhatian. Vatikan mengundang semua orang yang berkehendak baik untuk berdoa bagi keselamatan Kardinal Zen dan rakan-rakannya serta agar keadilan dapat ditegakkan.

All-Party Parliamentary Group for Freedom of Religion or Belief, sebuah kumpulan parti parlimen Inggeris turut mengutuk penangkapan Kardinal Zen.

“Penangkapan hari ini menandakan tanpa keraguan bahwa Beijing bermaksud untuk mengintensifkan tindakan kerasnya terhadap hak-hak dasar dan kebebasan di Hong Kong.”

“Kami mendesak masyarakat internasional untuk menyoroti tindakan keras brutal ini dan menyerukan pembebasan segera para aktivis ini.”

“Ini adalah salah satu contoh peningkatan sekatan hak asasi manusia di China,” kata mereka.

Kardinal Zen juga menjadi pengkritik perjanjian Takhta Suci dan China yang bertujuan untuk menormalkan hubungan antara Gereja Katolik “bawah tanah” China dan Asosiasi Katolik Patriotik China.

Dalam posting blog terakhir Kardinal Zen sebelum ditangkap, beliau memetik pembacaan dari Roma 8:34-39: “Kristus (Yesus) yang mati, sebaliknya, telah dibangkitkan, yang juga ada di sebelah kanan Tuhan, yang memang menjadi perantara bagi kita.

Apa yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Akankah penderitaan, atau kesusahan, atau penganiayaan, atau kelaparan, atau ketelanjangan, atau bahaya, atau pedang? Seperti ada tertulis: ‘Demi Engkau kami dibunuh sepanjang hari; kami dianggap sebagai domba yang akan disembelih.’”

“Tidak, dalam semua hal ini kita menaklukkan dengan luar biasa melalui Dia yang mengasihi kita. Kerana aku yakin, baik maut, mahupun hidup … maupun makhluk lain mana pun, tidak akan dapat memisahkan kita dari kasih Tuhan di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.”

Dalam perkembangan terbaharu, Kardinal Zen mengatakan kepada umat Katolik yang khuatir akan dirinya bahawa dirinya dalam keadaan yang sihat dan baik.

Selepas beberapa jam ditahan oleh polis, Kardinal Zen kembali ke kediamannya bersama Uskup Hong Kong, Uskup Stephen Chow.

Melalui media sosialnya, Uskup Hong Kong menulis bahawa, "Saya telah bercakap dengan Kardinal Zen. Dia memberitahu saya untuk menyampaikan kepada rakan-rakan dan semua yang mendoakannya agar tidak risau. Buat masa ini, Kardinal Zen mahu bertenang dan menangguhkan segala aktivitinya.” — CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments