Paroki Tenom lancar Tahun Sto Joseph

Sempena Pesta St. Joseph, Paroki Tenom turut mengambil peluang untuk melancarkan Tahun St Joseph dengan Misa Kudus di Gereja St Anthony, Tenom.

Apr 03, 2021

TENOM: Sempena Pesta St. Joseph, Paroki Tenom turut mengambil peluang untuk melancarkan Tahun St Joseph dengan Misa Kudus di Gereja St Anthony, Tenom.

Sri Paus Fransiskus telah mengisytiharkan Tahun Santo Joseph yang dirayakan dari  8 Dis 2020 hingga 8 Dis 2021 untuk merayakan ulang tahun ke-150 pengiktirafan Sto Joseph sebagai Penaung Para Orang Kudus bagi Gereja Universal.

Misa Kudus tersebut telah dipimpin oleh Father Anthony Mikat. Perayaan Ekaristi ini turut disertai oleh Seminar ian Nakudah Kilin, Aspiran Boniface dan kira-kira 200 umat dengan mematuhi SOP yang ketat.

Fr Anthony Mikat berkata, “St Joseph merupakan contoh yang luar biasa dalam menerima rencana Tuhan dalam kehidupan.

St Joseph juga seorang bapa angkat Yesus yang tabah serta mengajar dunia melalui cara hidupnya yang kudus. 

Suami kepada perawan Maria itu juga merupakan pelindung kepada para pekerja. “Berdoalah kepada St.Joseph agar setiap pekerjaan kita diberkati,” ujar  Fr Anthony lagi.

Selepas Misa Kudus, sebagai simbolik pelancaran, Fr Anthony dengan diiringi Pengerusi MPP Tenom, En. Tony Wong, menurunkan banner St Joseph serta menyampaikan banting kepada 15 pengerusi KUK paroki Tenom.

Penyerahan cenderahati juga disampaikan kepada paderi, sister, seminarian dan juga AJKT MPP Tenom.

Selepas Misa Kudus, makan bersama diadakan di Dewan Msgr Augustine Watcher sebagai penutup solidariti pelancaran St Joseph. — JKM (KOMSOS SAT)

Total Comments:0

Name
Email
Comments