Pelajar bendung gejala gangsterisme, penyalahgunaan dadah

Pelayanan Pembangunan Manusia (PIHDM) Gereja St Jude dan para katekis paroki menganjurkan ce-ramah mengenai “Gangsterisme dan Bahaya Penyalahgunaan Dadah.”

Jun 09, 2023


RAWANG: Pelayanan Pembangunan Manusia (PIHDM) Gereja St Jude dan para katekis paroki menganjurkan ce-ramah mengenai “Gangsterisme dan Bahaya Penyalahgunaan Dadah.”

Ceramah tersebut diadakan untuk pelajar tingkatan tiga hingga tingkatan lima pada Mei 20. Penceramah jemputan Tuan TTP Philip Pangkat, berkongsi pengalamannya tentang realiti kehidupan di sebalik jerusi besi penjara.

Beliau menekankan bahaya gangsterisme dan penyalahgunaan dadah, menjelaskan hukuman berat yang dikenakan terhadap tahanan seperti sebatan dan hukuman maut.

Beliau menggesa para pelajar supaya menjauhi tabiat merokok atau vape kerana tabiat ini sering menjadi pintu masuk kepada penyalahgunaan dadah. Di samping itu, beliau mengingatkan mereka bahawa tubuh mereka harus bebas daripada pencemaran jahat, kerana tubuh kita adalah bait Roh Kudus.

Pelajar yang mendengar ceramah daripada Tuan Philip menyedarkan mereka akan bahaya gangsterisme dan penting-nya menjauhi dadah.

Mereka juga sempat mengajukan soalan misalnya kehidupan banduan di Malaysia dan makna warna berbeza pada pakaian seragam tahanan.

Penyelaras Prison Ministry Paroki mengucapkan terima kasih kepada Fr Vincent Thomas atas sokongannya dalam menganjurkan program itu.

Total Comments:0

Name
Email
Comments